Pemetaan lokasi mahkota atap masjid warisan di Negeri Melaka

Masjid adalah sebuah bangunan dan mercu tanda yang telah dibina oleh masyarakat Islam sebagai salah satu simbol agama Islam yang berfungsi sebagai pusat ibadah terpenting dalam sesebuah wilayah Islam. Terdapat pelbagai reka bentuk masjid yang menjadi identiti kepada pemerintah Islam di seluruh dunia...

Full description

Bibliographic Details
Main Authors: Nurfarahhana Ismail (Author), Ros Mahwati Ahmad Zakaria (Author), Zuliskandar Ramli (Author), Aszulhida Aman (Author)
Format: Article
Language:English
Published: Ikatan Ahli Arkeologi Malaysia, Universiti Kebangsaan Malaysia, 2019.
Online Access:Get fulltext
LEADER 02185 am a22001573u 4500
001 14289
042 |a dc 
100 1 0 |a Nurfarahhana Ismail,   |e author 
700 1 0 |a Ros Mahwati Ahmad Zakaria,   |e author 
700 1 0 |a Zuliskandar Ramli,   |e author 
700 1 0 |a Aszulhida Aman,   |e author 
245 0 0 |a Pemetaan lokasi mahkota atap masjid warisan di Negeri Melaka 
260 |b Ikatan Ahli Arkeologi Malaysia, Universiti Kebangsaan Malaysia,   |c 2019. 
856 |z Get fulltext  |u http://journalarticle.ukm.my/14289/1/202-338-1-SM.pdf 
520 |a Masjid adalah sebuah bangunan dan mercu tanda yang telah dibina oleh masyarakat Islam sebagai salah satu simbol agama Islam yang berfungsi sebagai pusat ibadah terpenting dalam sesebuah wilayah Islam. Terdapat pelbagai reka bentuk masjid yang menjadi identiti kepada pemerintah Islam di seluruh dunia. Di Melaka, pembinaan masjid bukan sahaja mempunyai nilai sejarah yang penting malah turut memperlihatkan gaya seni hiasan yang tersendiri. Justeru, kajian ini dijalankan bagi mendokumen dan mengenalpasti lebih banyak rekaan hiasan atap masjid dan menjalankan pemetaan lokasi terhadap masjid-masjid warisan di Melaka. Permasalahan penyelidikan ini ialah untuk melihat salah satu elemen yang mempunyai keunikan seni bina masjid warisan iaitu hiasan pada bumbungnya yang dikenali sebagai mahkota atap masjid yang kini semakin berkurang bilangannya malah ada yang hampir dilupuskan. Kesan kemasukan pengaruh seni bina Islam daripada luar dan perubahan perspektif terhadap seni Islam yang menjadikan mahkota atap masjid di negeri Melaka mengalami ancaman kepupusan malah turut diketepikan dan diganti dengan elemen seni bina yang baru seperti kubah berbentuk bawang yang banyak dilihat dikebanyakan masjid pada masa kini. Penyelidikan ini menggunakan kaedah kualitatif yang melibatkan kajian kepustakaan dan kajian lapangan di seluruh daerah di Melaka iaitu Jasin, Melaka Tengah dan Alor Gajah. Hasil kajian ini dapat memetakan lokasi masjid-masjid warisan di setiap daerah dalam Negeri Melaka yang masih mempunyai hiasan mahkota atap di mana ia boleh digunakan oleh pihak berkuasa tempatan dalam pemantauan dan usaha pelestarian warisan seni Islam tempatan 
546 |a en