Analisis persepsi pelajar Melayu terhadap amalan komunikasi bukan lisan dalam kelas pembelajaran bahasa kedua

Kajian ini menganalisis persepsi pelajar Melayu terhadap amalan komunikasi bukan lisan dalam kelas pembelajaran bahasa kedua di Institiut Pengajian Tinggi yang boleh membantu mereka menguasai empat kemahiran asas bahasa tersebut. Kemahiran asas bahasa ialah kemahiran mendengar, bertutur, membaca dan...

Full description

Bibliographic Details
Main Authors: Hairun Najuwah Jamali (Author), Hanis Najwa Shaharuddin (Author)
Format: Article
Language:English
Published: Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia, 2019-10.
Online Access:Get fulltext
Description
Summary:Kajian ini menganalisis persepsi pelajar Melayu terhadap amalan komunikasi bukan lisan dalam kelas pembelajaran bahasa kedua di Institiut Pengajian Tinggi yang boleh membantu mereka menguasai empat kemahiran asas bahasa tersebut. Kemahiran asas bahasa ialah kemahiran mendengar, bertutur, membaca dan menulis. Kemahiran ini amat perlu dikuasai sebagai mengukur penguasaan satu-satu. Bahasa kedua dalam kajian ini ialah mata pelajaran bahasa Arab. Komunikasi bukan lisan merupakan salah satu cara komunikasi ketika menyampaikan pengajaran. Secara umumnya ia berlaku tanpa menggunakan sebarang lafaz tetapi merujuk kepada semua sumber yang boleh memberikan mesej selain daripada apa yang dilafazkan. Komunikasi bukan lisan adalah proses yang menyempurnakan pertukaran idea dan makna di antara individu tanpa sebutan. Secara keseluruhan, min yang diperolehi bagi persepsi responden terhadap amalan komunikasi bukan lisan dalam pembelajaran bahasa Arab di IPT adalah sederhana. Metodologi kajian yang digunakan ialah analisis secara statistik deskriptif iaitu peratusan, kekerapan, nilai min dan juga sisihan piawai.