Kewujudan Kota Raja Melewar berdasarkan sumber bertulis dan data lapangan

Kota Raja Melewar merupakan kota yang membabitkan institusi beraja diterajui oleh Raja Mahmud yang berasal dari Pagarruyung, di mana lokasinya terletak di dalam Daerah Rembau. Penyelidikan ini dilakukan untuk mengenalpasti kedudukan sebenar tapak istana lama ini, sekaligus dapat merungkai kawasan se...

Full description

Bibliographic Details
Main Authors: Mohd Fauzan Zuraidi (Author), Zuliskandar Ramli (Author), Shamsuddin Ahmad (Author)
Format: Article
Language:English
Published: Ikatan Ahli Arkeologi Malaysia, Universiti Kebangsaan Malaysia, 2020-04.
Online Access:Get fulltext
Description
Summary:Kota Raja Melewar merupakan kota yang membabitkan institusi beraja diterajui oleh Raja Mahmud yang berasal dari Pagarruyung, di mana lokasinya terletak di dalam Daerah Rembau. Penyelidikan ini dilakukan untuk mengenalpasti kedudukan sebenar tapak istana lama ini, sekaligus dapat merungkai kawasan sebenar berkaitan tapak lama ini yang sehingga ke hari ini masih tidak dapat diketahui dengan jelas keberadaannya. Melalui jumpaan kawasan ini, akan lebih banyak catatan sejarah atau penemuan yang mungkin dapat membawa kepada maklumat atau informasi baru berkenaan Raja Melewar sewaktu berada di Rembau ketika dahulu, iaitu pada abad ke 17-18. Kewujudan kota ini mungkin boleh diterjemahkan melalui beberapa aspek yang meliputi suasana pemerintahan beraja di sekitar Rembau mahupun seluruh Negeri Sembilan pada masa itu, sebelum adanya Istana Seri Menanti. Di samping itu, gambaran sesebuah kota dapat diketahui dan dikenal pasti dengan menilai dan melihat kandungan yang wujud di dalam struktur kawasan itu sendiri seperti mana ciri-ciri yang terdapat pada sesebuah kota atau istana yang lainnya pada ketika dahulu. Kota Raja Melewar merupakan sebuah simbol pemerintahan seiring dengan catatan sejarah yang menyatakan bahawa Rembau merupakan kawasan pemerintahan pertama Raja Melewar sebelum beliau berpindah ke Seri Menanti setelah ditabal menjadi raja yang pertama memerintah Negeri Sembilan.