Kebolehbentukan-tikso aloi 2014 dengan penambahan Si dan pengurangan Cu

Dalam kajian ini, kebolehbentukan-tikso aloi aluminium (Al) 2014 dengan penambahan unsur silikon (Si) dan pengurangan unsur kuprum (Cu) dikaji. Kandungan Si dan Cu dalam aloi 2014 diubah suai supaya kriteria kebolehbentukan-tikso dapat dipenuhi. Kebolehbentukan-tikso aloi 2014 dan aloi Al-terubah su...

Full description

Bibliographic Details
Main Authors: M.A.M. Arif (Author), M.Z. Omar (Author), Z. Sajuri (Author)
Format: Article
Language:English
Published: Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia, 2020-01.
Online Access:Get fulltext
LEADER 01874 am a22001453u 4500
001 14749
042 |a dc 
100 1 0 |a M.A.M. Arif,   |e author 
700 1 0 |a M.Z. Omar,   |e author 
700 1 0 |a Z. Sajuri,   |e author 
245 0 0 |a Kebolehbentukan-tikso aloi 2014 dengan penambahan Si dan pengurangan Cu 
260 |b Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia,   |c 2020-01. 
856 |z Get fulltext  |u http://journalarticle.ukm.my/14749/1/ARTIKEL%2022.pdf 
520 |a Dalam kajian ini, kebolehbentukan-tikso aloi aluminium (Al) 2014 dengan penambahan unsur silikon (Si) dan pengurangan unsur kuprum (Cu) dikaji. Kandungan Si dan Cu dalam aloi 2014 diubah suai supaya kriteria kebolehbentukan-tikso dapat dipenuhi. Kebolehbentukan-tikso aloi 2014 dan aloi Al-terubah suai diukur secara termodinamik dengan menggunakan pakej perisian JMatPro dan seterusnya dibuktikan secara uji kaji melalui analisis terma dan analisis fasa. Hasil kajian ini mendapati bahawa sifat kebolehbentukan-tikso aloi 2014 dapat dipenuhi dengan penambahan Si dan pengurangan Cu. Apabila kandungan Si dalam aloi 2014 bertambah, kandungan fasa eutektik pada titik 'lutut' tertinggi yang terbentuk di atas lengkung pecahan cecair meningkat dengan ketara, manakala julat suhu pemejalan pula semakin mengecil. Di samping itu, pengurangan Cu pula menyebabkan julat suhu pemprosesan untuk pembentukan-tikso menjadi semakin luas lalu mengakibatkan sensitiviti pecahan cecair pada titik 'lutut' tertinggi menurun. Selain pembentukan fasa Al2Cu dan fasa θ-Al5Cu2Mg8Si6, kemunculan fasa π-Al8FeMg3Si6 dengan struktur yang padat hasil daripada pengurangan Cu juga dijangka menyumbang kepada peningkatan sifat mekanik aloi Al-terubah suai. Akhir sekali, aloi Al-terubah suai tersebut dijangka mampu digunakan untuk menghasilkan komponen otomotif seperti rod penyambung, aci sesondol dan aci engkol melalui proses pembentukan-tikso. 
546 |a en