Analisa laporan EIA dalam aspek kajian hakisan tanah dan sedimentasi bagi projek perumahan

Kawalan hakisan tanah dan sedimentasi menjadi salah satu cabaran dalam pelaksanaan projek-projek EIA terutamanya bagi aktiviti pembinaan perumahan. Kegagalan pelaksanaan langkah kawalan hakisan tanah yang mencukupi di tapak projek boleh menjejaskan kualiti air sungai. Bagi memastikan kawalan yang me...

Full description

Bibliographic Details
Main Authors: Abdul Rahman Mahmud (Author), Khairul Nizam Abdul Maulud (Author), Zaini Sakawi (Author)
Format: Article
Language:English
Published: Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia, 2019-10.
Online Access:Get fulltext
Description
Summary:Kawalan hakisan tanah dan sedimentasi menjadi salah satu cabaran dalam pelaksanaan projek-projek EIA terutamanya bagi aktiviti pembinaan perumahan. Kegagalan pelaksanaan langkah kawalan hakisan tanah yang mencukupi di tapak projek boleh menjejaskan kualiti air sungai. Bagi memastikan kawalan yang mencukupi dalam aspek hakisan tanah dan sedimentasi laporan EIA yang dikemukakan oleh pemaju, laporan tersebut perlulah mencapai tahap piawaian minimum dari aspek penilaian impak dan langkah kawalan serta mempunyai kualiti yang baik. Kajian ini dijalankan untuk menilai kualiti laporan EIA dalam aspek kajian hakisan tanah dan sedimentasi. Pakej ulasan EIA telah disediakan dengan menggunakan garis panduan kajian hakisan tanah dan sedimentasi. Sebanyak 21 laporan EIA bagi projek perumahan dari tahun 2013 hingga 2015 di Negeri Selangor telah di analisa. Hasil analisa mendapati sebanyak 18 laporan EIA mematuhi sebanyak 50% keperluan yang ditetapkan didalam garis panduan, manakala dari segi aspek kualiti laporan EIA, hanya 7 laporan mempunyai tahap memuaskan. Kajian ini telah mengenal pasti terdapat tiga kelemahan utama dalam laporan EIA bagi projek perumahan. Pertama; aspek penerangan perancangan kerja tanah tidak dijelaskan dengan terperinci, kedua; kelemahan dalam aspek penerangan pilihan projek dan ketiga; kelemahan dalam pelan konseptual pencegahan pencemaran dan langkah kawalan pembukaan tanah (LDP2M2) yang tidak menunjukkan pelaksanaan kerja tanah secara berperingkat. Kemahiran dan kepakaran perunding dan pegawai pengulas EIA perlu dipertingkatkan. Ini bagi memastikan kualiti laporan dan pematuhan garis panduan EIA dapat dicapai. Pakej ulasan EIA yang disediakan boleh digunakan oleh perunding untuk menyemak kecukupan kandungan sebagai amalan penilaian kendiri.