Pembangunan model pengajaran gamelan Melayu peringkat sekolah menengah rendah di Malaysia

Kajian ini bertujuan membangunkan sebuah model pengajaran ensembel gamelan Melayu peringkat sekolah menengah rendah di Malaysia. Keperluan penyelidikan ini untuk memenuhi dan menyelesai mengenai kekurangan model pengajaran ensembel gamelan Melayu di peringkat sekolah menengah rendah di Malaysia. Obj...

Full description

Bibliographic Details
Main Authors: Razali Md Amin (Author), Mohd Yuszaidy Mohd Yusoff (Author), Ab Samad Kechot (Author)
Format: Article
Language:English
Published: Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia, 2019.
Online Access:Get fulltext
Description
Summary:Kajian ini bertujuan membangunkan sebuah model pengajaran ensembel gamelan Melayu peringkat sekolah menengah rendah di Malaysia. Keperluan penyelidikan ini untuk memenuhi dan menyelesai mengenai kekurangan model pengajaran ensembel gamelan Melayu di peringkat sekolah menengah rendah di Malaysia. Objektif pertama untuk mengenal pasti model yang digunapakai oleh pengajar ensembel gamelan Melayu masa kini, objektif kedua untuk menilai proses pengajaran ensembel gamelan Melayu pada masa kini dan akhirnya, objektif ketiga untuk membangunkan satu model pengajaran ensembel gamelan Melayu yang sesuai digunapakai pada semua peringkat pendidikan menengah rendah di Malaysia. Kajian ini menggunakan pendekatan kualitatif yang terdiri daripada kajian perpustakaan dan kajian lapangan. Data yang diperolehi daripada kajian perpustakaan dan kajian lapangan perlu menjalani proses saringan untuk memperolehi data yang diperlukan sahaja. Penyaringan ini menggunakan teknik interprestasi, teknik kandungan dan bacaan rapi. Hasil kajiandapat menjelaskan keperluan model pengajaran ensembel gamelan Melayu amat diperlukan kerana ketidakseragaman dan tidak khusus. Hasil perbincangan dengan memberikan kesimpulan bahawa model pengajaran ensembel gamelan Melayu dapat diselaraskan dan diseragamkam dengan mengikut model tersebut. Justeru, ensembel gamelan Melayu dapat dimainkan secara seragam di peringkat sekolah menengah rendah di seluruhMalaysia, setara dengan muzik moden yang lain. Kajian ini juga dapat memartabatkan muzik gamelan Melayu sebagai warisan kebudayaan Melayu tidak ketara yang perlu dipelihara oleh generasi kini