Cabaran dan strategi intervensi mencapai Graduate On Time (GOT) dalam kalangan pelajar siswazah UKM

Menamat pengajian siswazah mengikut tempoh masa yang ditetapkan merupakan satu cabaran bagi pelajar Sarjana Falsafah dan Doktor Falsafah UKM. Kajian ini bertujuan untuk untuk meneroka cabaran pelajar siswazah menamat pengajian mengikut tempoh masa yang ditetapkan dan mencadangkan strategi intervensi...

Full description

Bibliographic Details
Main Authors: Khadijah Alavi (Author), Sarin Johani (Author), Nasharuddin Zainal (Author), Andanastuti Muchtar (Author)
Format: Article
Language:English
Published: Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia, 2020-06.
Online Access:Get fulltext
Description
Summary:Menamat pengajian siswazah mengikut tempoh masa yang ditetapkan merupakan satu cabaran bagi pelajar Sarjana Falsafah dan Doktor Falsafah UKM. Kajian ini bertujuan untuk untuk meneroka cabaran pelajar siswazah menamat pengajian mengikut tempoh masa yang ditetapkan dan mencadangkan strategi intervensi meningkatkan pencapaian GOT (Graduate on Time) dalam kalangan pelajar siswazah UKM. Kajian ini dijalankan ke atas seramai 38 orang pelajar siswazah iaitu seramai 17 orang pelajar siswazah yang berjaya mencapai GOT dan juga 21 orang pelajar yang tidak berjaya mencapai GOT. Data kajian ini dikumpul dengan menggunakan soal selidik dan juga temubual dalam perbincangan kumpulan berfokus (focus group). Rekabentuk kajian ini menggunakan pendekatan kajian kes bagi mendapatkan maklumat cabaran dan persekitaran pembelajaran siswazah di UKM. Data perbincangan kumpulan diterjemahkan kepada tema-tema dengan analisis verbatim. Hasil kajian menunjukkan majoriti siswazah yang mendapat GOT projeksikan cabaran utama mereka ialah masalah kewangan dan bahan dan alat instrumen kajian tidak mencukupi. Manakala siswazah yang tidak mendapat GOT pula menyatakan cabaran utama mereka ialah kesukaran mengumpulkan data kajian, masalah rujukan terkini, sukar menerbitkan dalam jurnal berimpak tinggi dan masalah personaliti dan kendiri. Perbandingan antara siswazah yang mendapat GOT dan tidak mendapat GOT mempunyai perbezaan yang sangat ketara dalam menyatakan cabaran dan strategi untuk meningkatkan GOT dalam kalangan siswazah UKM pada masa akan datang. Implikasi kajian ini adalah penting untuk mewujudkan satu garis panduan model strategi intervensi bagi mempertingkatkan peranan UKM dalam usaha melahirkan lebih ramai graduan pascasiswazah yang berjaya mencapai GOT.