Tahap kepuasan muallaf terhadap pengurusan kelas bimbingan agama oleh Majlis Agama Islam Kelantan (MAIK)

Kelas bimbingan agama merupakan satu keperluan yang sangat penting kepada golongan mualaf. Bimbingan agama yang tersusun dan sistematik akan dapat membantu golongan mualaf mengenali Islam yang sebenarnya seterusnya memudahkan mereka untuk melaksanakan ibadah dengan betul. Namun, masih terdapat dari...

Full description

Bibliographic Details
Main Authors: Yasmoon Mohamed (Author), Razaleigh Muhamat@Kawangit (Author)
Format: Article
Language:English
Published: Pusat Kesejahteraan Insan dan Komuniti, Universiti Kebangsaan Malaysia, 2019.
Online Access:Get fulltext
Description
Summary:Kelas bimbingan agama merupakan satu keperluan yang sangat penting kepada golongan mualaf. Bimbingan agama yang tersusun dan sistematik akan dapat membantu golongan mualaf mengenali Islam yang sebenarnya seterusnya memudahkan mereka untuk melaksanakan ibadah dengan betul. Namun, masih terdapat dari kalangan mualaf yang telah lama memeluk Islam tetapi tidak dapat menunaikan solat dengan sempurna. Ada juga di kalangan mereka yang mudah goyah dan terjerumus ke dalam gejala murtad. Kajian ini bertujuan untuk mengkaji tahap kepuasan mualaf terhadap kelas bimbingan agama yang dianjurkan oleh Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan (MAIK). Kajian ini menggunakan pendekatan kuantitatif menggunakan reka bentuk kajian tinjauan (survey research) melalui instrumen soal selidik. Borang soal selidik diedarkan kepada 120 orang responden dari kalangan mualaf berdasarkan pensampelan mudah. Data yang diperolehi dianalisis secara deskriptif menggunakan Statistical Packages for Social Sciences (SPSS) bagi mendapatkan kekerapan, peratus, skor min dan sisihan piawai. Hasil kajian menunjukkan tahap kepuasan mualaf terhadap kelas bimbingan agama ini mendapat nilai min yang sederhana iaitu nilai min=3.40 dengan sisihan piawai = 0.982. Justeru itu, terdapat beberapa ruang yang memerlukan penambahbaikan atau pertimbangan MAIK, antaranya ialah mengkaji semula kekerapan kelas yang diadakan. Selain itu, faktor perbezaan umur, tempoh pengislaman, tahap pendidikan, dan latar belakang bahasa ibunda juga wajar diteliti dalam mengatur kelas agar lebih berkesan dan membuahkan hasil.