Pekerjaan sambilan dan prestasi akademik mahasiswa: kajian dalam kalangan pelajar Universiti Kebangsaan Malaysia

Kerja sambilan dalam kalangan penuntut Institut Pengajian Tinggi hari ini sudah menjadi satu 'trend' disebabkan oleh beberapa faktor. Pelajar-pelajar yang membuat kerja sambilan sering dikaitkan dengan prestasi akademik kerana adalah mustahil untuk pelajar memfokuskan kepada dua tanggungja...

Full description

Bibliographic Details
Main Authors: Nurul Isma Ezzaty Ismail (Author), Hairunnizam Wahid (Author)
Format: Article
Language:English
Published: Pusat Pengurusan & Pembangunan Mahasiswa, Universiti Kebangsaan Malaysia, 2020.
Online Access:Get fulltext
Description
Summary:Kerja sambilan dalam kalangan penuntut Institut Pengajian Tinggi hari ini sudah menjadi satu 'trend' disebabkan oleh beberapa faktor. Pelajar-pelajar yang membuat kerja sambilan sering dikaitkan dengan prestasi akademik kerana adalah mustahil untuk pelajar memfokuskan kepada dua tanggungjawab besar semasa belajar. Kajian ini dilakukan untuk mengkaji faktor-faktor pelajar membuat kerja sambilan dan kesan bekerja sambilan terhadap prestasi akademik. Faktor-faktor kerja sambilan dibahagikan kepada dua iaitu faktor dalaman dan faktor luaran yang mendorong pelajar untuk membuat kerja sambilan. Selain itu, kajian turut dijalankan untuk mengkaji kesan terhadap prestasi akademik pelajar setelah membuat kerja sambilan. Kajian turut mengkaji bilangan kerja dalam seminggu untuk melihat kekerapan bekerja dan kesan terhadap prestasi pelajar samada rendah atau tinggi. Kajian ini menggunakan kaedah soal selidik yang terdiri daripada 46 item. Seramai 150 orang responden yang terdiri daripada pelajar seluruh fakulti di Universiti Kebangsaan Malaysia, Bangi Selangor terlibat dalam kajian ini. Kajian ini menggunakan kaedah kuantitatif melalui pengedaran borang soal selidik berbentuk soalan tertutup dan skala Likert. Analisis statistik deskriptif telah digunakan untuk mendapatkan nilai kekerapan, min serta peratus dan analisis ANOVA satu hala. Hasil kajian mendapati pelajar yang membuat kerja sambilan tidak menjejaskan prestasi akademik mereka sekiranya bijak menguruskan waktu dan memfokuskan tanggungjawab hakiki sebagai pelajar.