Sindiran dalam media sosial: perspektif lakuan bahasa

Sindiran menyampaikan maksud yang bertentangan dengan apa yang disampaikan oleh penutur secara literal. Kini sindiran menjadi satu trend ragam bahasa dalam kalangan pengguna media sosial untuk membuat teguran, kritikan atau nasihat terhadap sesuatu isu dalam media sosial. Justeru, kajian ini bertuju...

Full description

Bibliographic Details
Main Authors: Nur Atikah Ibrahim (Author), Maslida Yusof (Author)
Format: Article
Language:English
Published: Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia, 2020.
Online Access:Get fulltext
LEADER 02020 am a22001333u 4500
001 16054
042 |a dc 
100 1 0 |a Nur Atikah Ibrahim,   |e author 
700 1 0 |a Maslida Yusof,   |e author 
245 0 0 |a Sindiran dalam media sosial: perspektif lakuan bahasa 
260 |b Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia,   |c 2020. 
856 |z Get fulltext  |u http://journalarticle.ukm.my/16054/1/19707-130771-1-PB.pdf 
520 |a Sindiran menyampaikan maksud yang bertentangan dengan apa yang disampaikan oleh penutur secara literal. Kini sindiran menjadi satu trend ragam bahasa dalam kalangan pengguna media sosial untuk membuat teguran, kritikan atau nasihat terhadap sesuatu isu dalam media sosial. Justeru, kajian ini bertujuan meneliti ujaran sindiran dalam media sosial dari perspektif lakuan bahasa dengan berdasarkan kriteria taksonomi yang dikemukakan oleh Searle (1969) iaitu lakuan bahasa asertif, direktif, komisif, ekspresif dan deklaratif. Kajian ini menggunakan kaedah analisis kandungan dengan mengambil data daripada status yang dimuat naik dalam halaman Facebook Amrans Fans. Halaman Facebook Amrans Fans dipilih kerana halaman Facebook ini dikatakan sering kali memuat naik status yang berbentuk sindiran dalam memaparkan pelbagai isu semasa. Hasil dapatan memperlihatkan struktur lakuan bahasa sindiran melibatkan tiga peserta iaitu penyindir, pemerhati dan sasaran bagi sindiran tersebut. Hasil dapatan juga menunjukkan bahawa dalam bahasa Melayu, lakuan bahasa sindiran disampaikan dalam bentuk lakuan bahasa asertif, komisif, ekspresif dan direktif. Lakuan sindiran sama juga dengan lakuan bukan sindiran iaitu mempunyai syarat input dan output, syarat kandungan proposisi, syarat persediaan, syarat keikhlasan dan syarat keperluan. Kajian ini membuktikan bahawa interpretasi ironi berdasarkan kepada kontekstual pragmatik dan hubungan antara pembicara dan pendengar. Jelasnya, lakuan sindiran merupakan satu strategi ujaran oleh pengendali halaman Facebook Amrans Fans dalam usaha untuk menarik perhatian pengikutnya. 
546 |a en