Keakraban dalam persahabatan dan corak interaksi di media sosial

Menerusi peluang penajaan daripada kerajaan, syarikat swasta atau agensi tertentu, pelajar-pelajar cemerlang di Malaysia berpeluang untuk belajar di universiti ternama dan tinggal di luar negara dalam tempoh tiga hingga lima tahun untuk melengkapkan pengajian mereka. Mobiliti sementara untuk menerus...

Full description

Bibliographic Details
Main Author: Nur Hafeeza Ahmad Pazil (Author)
Format: Article
Language:English
Published: Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia, 2020.
Online Access:Get fulltext
Description
Summary:Menerusi peluang penajaan daripada kerajaan, syarikat swasta atau agensi tertentu, pelajar-pelajar cemerlang di Malaysia berpeluang untuk belajar di universiti ternama dan tinggal di luar negara dalam tempoh tiga hingga lima tahun untuk melengkapkan pengajian mereka. Mobiliti sementara untuk meneruskan pengajian ke peringkat tinggi di luar negara telah menimbulkan pelbagai cabaran kepada pelajar-pelajar Malaysia yang perlu hidup bersendirian dalam persekitaran yang asing pada usia yang agak muda. Selain cabaran untuk beradaptasi di negara yang berbeza latar belakang budaya, pelajar-pelajar ini juga berhadapan dengan cabaran untuk mengekalkan hubungan akrab dengan sahabat dan keluarga yang berada jauh secara fizikal dari mereka. Persoalannya di sini adakah mobiliti geografi ini mempengaruhi amalan intimasi dalam persahabatan akrab dan adakah media sosial membantu untuk mendekatkan jarak fizikal antara pelajar dan sahabat akrab mereka di Malaysia? Menerusi penulisan diari persahabatan selama tiga minggu, peta persahabatan dan temu bual mendalam, interaksi lapan orang pelajar Malaysia dengan sahabat akrab mereka telah direkodkan dan dianalisa. Artikel ini membincangkan sejauh mana media sosial membantu untuk mengukuhkan atau melemahkan amalan intimasi dalam persahabatan akrab bagi pelajar Malaysia yang berhijrah ke United Kingdom dengan meneliti corak interaksi mereka. Empat corak interaksi yang telah dikenal pasti adalah: 1) penambahan atau penyingkiran nama sahabat akrab, 2) kekerapan hubungan, 3) tempoh dan medium interaksi, dan 4) kandungan interaksi.