Summary: | Kajian ini bertujuan untuk mengkaji persepsi guru Bahasa Melayu yang mengajar di sekolah rendah pedalaman kategori di daerah Beluran, Sabah. Persepsi guru dilihat dari tiga aspek, iaitu pengetahuan, penerimaan dan amalan guru Bahasa Melayu terhadap pelaksanaan pendekatan pengajaran terbeza yang diperkenalkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia pada tahun 2019. Seramai 36 guru Bahasa Melayu dipilih sebagai responden kajian. Soal selidik digunakan sebagai alat pengumpulan data. Data dianalisis secara deskriptif dengan mencari kekerapan, peratusan, min dan sisihan piawai. Dapatan kajian menunjukkan bahawa guru Bahasa Melayu yang mengajar di sekolah pedalaman kategori 3 kurang pengetahuan pendekatan pengajaran terbeza, tetapi penerimaan terhadap pendekatan pengajaran terbeza adalah tinggi. Kurang Bahasa Melayu juga menunjukkan minat mendalam untuk mengamalkan pendekatan pengajaran terbeza dalam pengajaran mereka. Kesimpulannya, pihak KPM perlu memberi pendedahan meluas melalui kursus, bengkel dan sebagainya supaya pengetahuan pedagogi pengajaran terbeza dapat dikuasai oleh guru Bahasa Melayu dan mengaplikasinya dalam pengajaran mereka di dalam bilik darjah.
|