Corak penulisan tafsir di Indonesia abad Ke-21 (2001-2019)

Kesungguhan para ilmuwan Indonesia mentafsirkan al-Quran merupakan suatu keperluan untuk mendekatkan umat Islam di Indonesia untuk memahami isi kandungan al-Quran. Fokus kajian ini adalah untuk mengenal pasti penulisan karya-karya tafsir di Indonesia pada abad ke-21 (2001-2019). Kajian ini menggunak...

Full description

Bibliographic Details
Main Authors: Fathullah, Muhammad Amal (Author), Muhd Najib Abdul Kadir (Author)
Format: Article
Language:English
Published: Pusat Kelestarian Turath Islami, Fakulti Pengajian Islam, Universiti Kebangsaan Malaysia, 2020.
Online Access:Get fulltext
Description
Summary:Kesungguhan para ilmuwan Indonesia mentafsirkan al-Quran merupakan suatu keperluan untuk mendekatkan umat Islam di Indonesia untuk memahami isi kandungan al-Quran. Fokus kajian ini adalah untuk mengenal pasti penulisan karya-karya tafsir di Indonesia pada abad ke-21 (2001-2019). Kajian ini menggunakan reka bentuk kualitatif yang mana proses pengumpulan data dilakukan melalui kaedah analisis dokumen. Manakala proses penganalisisan data pula dilakukan dengan menggunakan kaedah analisis deskriptif. Hasil kajian menunjukkan bahawa tafsiran secara maudu'i mendominasi penghasilan karya-karya tafsir di Indonesia pada masa kini. Dalam masa yang sama, tumpuan pentafsiran al-Quran kebanyakannya berdasarkan ayat-ayat yang terpilih. Hal ini berlaku kerana, kebanyakkan ayat-ayat tersebut merupakan ayat-ayat yang sering dipelajari, dihafal dan dibaca oleh umat Islam.