Ketirisan skim subsidi baja: punca dan peruntukan perundangan di Malaysia

Dalam memastikan sektor pertanian terus berdaya saing, kerajaan telah memperkenalkan skim bantuan subsidi baja kepada petani. Matlamat skim ini adalah untuk membantu meringankan beban petani selain mengoptimumkan hasil pertanian khususnya bagi sektor tanaman padi, getah dan kelapa sawit. Walau bagai...

Full description

Bibliographic Details
Main Authors: Asmar Abdul Rahim (Author), Nurli Yaacob (Author), Nor Anita Abdullah (Author), Aida Razak (Author)
Format: Article
Language:English
Published: Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia, 2021.
Online Access:Get fulltext
Description
Summary:Dalam memastikan sektor pertanian terus berdaya saing, kerajaan telah memperkenalkan skim bantuan subsidi baja kepada petani. Matlamat skim ini adalah untuk membantu meringankan beban petani selain mengoptimumkan hasil pertanian khususnya bagi sektor tanaman padi, getah dan kelapa sawit. Walau bagaimanapun masih wujud ketirisan dalam pemberian skim bantuan baja yang telah menyebabkan kerugian jutaan ringgit kepada negara. Perbuatan penyelewengan ini merupakan satu jenayah komersial yang perlu dibenteras segera kerana melibatkan isu integriti, rasuah dan pecah amanah. Sehubungan itu, artikel ini membincangkan faktor penyelewengan selain menganalisa peruntukan undang-undang yang berkaitan berhubung isu ketirisan skim bantuan subsidi baja secara deskriptif. Masalah ketirisan ini perlu ditangani dengan segera bagi memastikan skim bantuan subsidi baja dapat disampaikan kepada petani dengan lancar dalam memastikan agihan skim baja dapat diuruskan secara telus mengikut lunas perundangan dan seterusnya memberi manfaat kepada petani dalam mencapai pulangan yang lebih lumayan.