Pembentukan etos nasional belia Malaysia: wadah pembinaan negara-bangsa

Persoalan etos nasional sebagai suatu wadah dalam pembinaan negara-bangsa kurang dibahaskan dalam kalangan sarjana. Dari itu, makalah ini akan mengupas perspektif pembinaan negara-bangsa dari sudut etos nasional sebagai suatu dimensi yang perlu diteliti dalam mencorak pembentukan sesebuah bangsa. Et...

Full description

Bibliographic Details
Main Authors: Mohd Mahadee Ismail (Author), Nor Azlili Hassan (Author), Azlina Abdullah (Author), Zaini Othman (Author), Marzudi Md Yunus (Author), Hairol Anuar Mak Din (Author)
Format: Article
Language:English
Published: Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia, 2021.
Online Access:Get fulltext
LEADER 02534 am a22001813u 4500
001 16717
042 |a dc 
100 1 0 |a Mohd Mahadee Ismail,   |e author 
700 1 0 |a Nor Azlili Hassan,   |e author 
700 1 0 |a Azlina Abdullah,   |e author 
700 1 0 |a Zaini Othman,   |e author 
700 1 0 |a Marzudi Md Yunus,   |e author 
700 1 0 |a Hairol Anuar Mak Din,   |e author 
245 0 0 |a Pembentukan etos nasional belia Malaysia: wadah pembinaan negara-bangsa 
260 |b Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia,   |c 2021. 
856 |z Get fulltext  |u http://journalarticle.ukm.my/16717/1/42123-154709-1-PB.pdf 
520 |a Persoalan etos nasional sebagai suatu wadah dalam pembinaan negara-bangsa kurang dibahaskan dalam kalangan sarjana. Dari itu, makalah ini akan mengupas perspektif pembinaan negara-bangsa dari sudut etos nasional sebagai suatu dimensi yang perlu diteliti dalam mencorak pembentukan sesebuah bangsa. Etos nasional merujuk kepada watak, karakter, sikap, etika, keperibadian dan keyakinan atas sesuatu perkara yang dapat menggambarkan ciri-ciri semangat yang dikongsi bersama oleh ahli-ahli masyarakat. Dengan wujudnya etos nasional dalam diri individu, maka ia dapat menggambarkan tentang sentimen kenegaraan yang berpaksikan kepada platform nasional. Sehubungan itu, secara spesifiknya makalah ini mengaplikasikan takrif etos nasional sebagai ciri-ciri unik masyarakat setempat yang mengikat seseorang individu dengan individu yang lain, dan yang mengikat individu dengan negara. Ciri-ciri unik tersebut merangkumi empat dimensi utama iaitu nilai, perasaan dan semangat, kepercayaan dan identiti. Ciri-ciri unik etos nasional tersebut menjadi wadah utama dalam proses pembinaan negara-bangsa Malaysia yang terdiri dari pelbagai etnik. Golongan yang seringkali mendapat tumpuan apabila membahaskan tentang proses pembinaan negara-bangsa ialah golongan belia. Ini kerana mereka adalah tulang belakang dan tunjang bangsa pada masa hadapan. Kejayaan membangunkan golongan belia menjadi penanda aras utama kejayaan pembangunan negara-bangsa pada hari muka. Kajian ini mendapati empat dimensi utama iaitu nilai, perasaan dan semangat, kepercayaan serta identiti telah membentuk suatu ikatan yang kuat antara individu dengan individu yang lain, dan di antara individu dengan negara khususnya dalam kalangan belia yang dikaji. Oleh yang demikian, dalam merealisasikan pembinaan negara-bangsa Malaysia, etos nasional menjadi wadah yang perlu dipupuk dalam diri setiap individu khususnya golongan belia yang masih tercari-cari jati diri mereka. 
546 |a en