Model pembelajaran bermakna melalui penggunaan media sosial di institusi pendidikan tinggi

Dalam dunia pendidikan hari ini, penggunaan media sosial bagi menyokong tugas pengajaran dan pembelajaran diterima dan dilaksanakan secara meluas. Perkembangan ini bersesuaian dengan corak kehidupan pelajar yang mewakili generasi Z dalam mengakses maklumat dan berkomunikasi. Masih belum banyak kajia...

Full description

Bibliographic Details
Main Authors: Nurul Shakirah Mohd Zawawi (Author), Hairulliza Mohamad Judi (Author)
Format: Article
Language:English
Published: Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia, 2020-12.
Online Access:Get fulltext
Description
Summary:Dalam dunia pendidikan hari ini, penggunaan media sosial bagi menyokong tugas pengajaran dan pembelajaran diterima dan dilaksanakan secara meluas. Perkembangan ini bersesuaian dengan corak kehidupan pelajar yang mewakili generasi Z dalam mengakses maklumat dan berkomunikasi. Masih belum banyak kajian berkenaan penggunaan media sosial bagi tujuan pembelajaran bermakna yang boleh memberi pemahaman mendalam tentang perlaksanaannya di Institusi Pengajian Tinggi. Justeru, kertas ini bertujuan untuk mengenal pasti ciri penggunaan media sosial dan pembelajaran bermakna dan mencadangkan model pembelajaran bermakna melalui penggunaan media sosial di Institusi Pengajian Tinggi. Kajian ini dilakukan melalui pendekatan kualitatif menggunakan kajian literatur dengan melaksanakan analisis kandungan terhadap data yang dikumpulkan. Hasil kajian menunjukkan penggunaan media sosial dalam pembelajaran mempamerkan ciri kebebasan, fleksibel, autentik, individual dan masa nyata yang berpotensi untuk merangsang pelajar berinteraksi dengan bahan dan persekitaran pembelajaran bagi mengukuhkan pemahaman konsep dan mendorong kegunaan konsep dalam kehidupan. Model pembelajaran bermakna melalui penggunaan media sosial yang dicadangkan dijangka dapat memberi panduan kepada tenaga pengajar dan penyelidik tentang keserasian dua pendekatan dikaji untuk dilaksanakan di Institusi Pengajian Tinggi.