Penglibatan orang Cina dalam sektor perladangan getah di Kedah 1909-1941

Kedah merupakan sebuah negeri yang berlatarbelakangkan sektor pertanian sejak sebelum kedatangan British seperti penanaman padi dan ubi kayu. Namun setelah campurtangan British pada tahun 1909, getah mula dibawa masuk menyebabkan ramai pemodal Eropah dan Cina membuka ladang getah secara besar-besara...

Full description

Bibliographic Details
Main Authors: Rozaini Ahmad (Author), Mohd Annas Shafiq Ayob (Author)
Format: Article
Language:English
Published: Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia, 2021-04.
Online Access:Get fulltext
LEADER 02052 am a22001333u 4500
001 16853
042 |a dc 
100 1 0 |a Rozaini Ahmad,   |e author 
700 1 0 |a Mohd Annas Shafiq Ayob,   |e author 
245 0 0 |a Penglibatan orang Cina dalam sektor perladangan getah di Kedah 1909-1941 
260 |b Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia,   |c 2021-04. 
856 |z Get fulltext  |u http://journalarticle.ukm.my/16853/1/47779-154734-1-SM.pdf 
520 |a Kedah merupakan sebuah negeri yang berlatarbelakangkan sektor pertanian sejak sebelum kedatangan British seperti penanaman padi dan ubi kayu. Namun setelah campurtangan British pada tahun 1909, getah mula dibawa masuk menyebabkan ramai pemodal Eropah dan Cina membuka ladang getah secara besar-besaran. Perkembangan penanaman getah berkembang pesat sehingga permulaan Perang Dunia Kedua iaitu pada 1941. Sehubungan dengan itu, artikel ini bertujuan mengkaji sejauh mana peranan dan sumbangan orang Cina dalam sektor perladangan getah di Kedah bermula antara tahun 1909 hingga 1941. Penelitian ini mengetengahkan metode analisis kandungan sebagai metode utama pengumpulan data berkenaan sejarah orang Cina di Kedah melalui Arkib Negara Malaysia bagi penganalisisan data berkenaan peranan dan sumbangan orang Cina dalam sektor penanaman getah. Hasil kajian mendapati orang Cina terlibat membangunkan sektor perladangan getah sejak awal getah diperkenalkan pada tahun 1909. Selain itu, mereka turut menjadi pengusaha dan pemilik ladang getah. Sehingga tahun 1930, keluasan ladang getah yang dimiliki oleh orang Cina di Kedah melebihi bangsa lain seperti Melayu dan India. Buruh-buruh Cina turut di bawa masuk bagi merancakkan lagi sektor peladangan getah. Orang Cina turut menubuhkan persatuan dalam kalangan pengusaha getah bagi menjaga kebajikan sesama mereka. Seterusnya, beberapa polisi membabitkan penanaman getah diperkenalkan oleh British seperti pengenalan lesen pemilikan dan penjualan getah. Hasilnya, penglibatan orang Cina yang ketara dalam sektor perladangan getah telah menaikkan hasil ekonomi negeri Kedah. 
546 |a en