Peranan guru pengajian turath dalam pembentukan sahsiah pelajar di pondok

Institusi pondok mempunyai reputasi baik dari segi melahirkan para pelajar yang mampu menyumbang kepada masyarakat, sama ada dari segi ilmu agama mahupun khidmat kemasyarakatan. Di samping itu, sistem pengajian turath yang digunakan di pondok juga memberi impak positif bagi menangani masalah sosial...

Full description

Bibliographic Details
Main Authors: Nazneen Ismail (Author), Nurzatil Ismah Azizan (Author), Siti Mursyidah Mohd Zin (Author)
Format: Article
Language:English
Published: Pusat Kesejahteraan Insan dan Komuniti, Universiti Kebangsaan Malaysia, 2021.
Online Access:Get fulltext
Description
Summary:Institusi pondok mempunyai reputasi baik dari segi melahirkan para pelajar yang mampu menyumbang kepada masyarakat, sama ada dari segi ilmu agama mahupun khidmat kemasyarakatan. Di samping itu, sistem pengajian turath yang digunakan di pondok juga memberi impak positif bagi menangani masalah sosial pelajar. Antara faktor keberkesanan pengajian turath ialah melalui peranan guru-guru. Justeru, kajian ini bertujuan untuk meneroka peranan guru pengajian turath di pondok dalam pembentukan sahsiah pelajar. Metode kajian yang digunakan ialah kualitatif dengan reka bentuk kajian kes. Temubual secara separa berstruktur telah dijalankan terhadap lima orang guru daripada empat buah pondok. Pemilihan lokasi kajian berdasarkan ciri sekolah yang menawarkan pengajian turath serta mempunyai pelajar yang berusia antara 13 hingga 25 tahun. Data dianalisis secara tematik berdasarkan peranan guru dalam pembentukan sahsiah pelajar pengajian turath. Hasil kajian mendapati guru memainkan peranan sebagai suri teladan kepada pelajar, mempunyai hubungan yang baik dengan mereka, mengutamakan adab di samping menyuburkan rasa cinta ilmu dalam diri pelajar. Peranan ini perlu dijalankan dengan seikhlas hati supaya para pelajar benar-benar dapat mencontohi akhlak para ulama dan mengaplikasikannya sepanjang masa.