Peranan ketidakpuasan imej badan, kemurungan dan indeks jisim badan dalam kecelaruan gaya pemakanan dalam kalangan wanita berkahwin dan tidak berkahwin di Malaysia

Kecelaruan gaya pemakanan merupakan antara kecelaruan yang sangat berbahaya dan boleh mendatangkan banyak komplikasi dan sekiranya tidak dirawat boleh mendatangkan kematian. Tujuan kajian ini dijalankan adalah untuk mengenal pasti perbezaan ketidakpuasan imej badan, kemurungan, indeks jisim badan (B...

Full description

Bibliographic Details
Main Authors: Sangheetha Ravi Chandran (Author), Hilwa Abdullah @ Mohd. Nor (Author)
Format: Article
Language:English
Published: Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan, Universiti Kebangsaan Malaysia, 2020-09.
Online Access:Get fulltext
LEADER 01922 am a22001333u 4500
001 17117
042 |a dc 
100 1 0 |a Sangheetha Ravi Chandran,   |e author 
700 1 0 |a Hilwa Abdullah @ Mohd. Nor,   |e author 
245 0 0 |a Peranan ketidakpuasan imej badan, kemurungan dan indeks jisim badan dalam kecelaruan gaya pemakanan dalam kalangan wanita berkahwin dan tidak berkahwin di Malaysia 
260 |b Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan, Universiti Kebangsaan Malaysia,   |c 2020-09. 
856 |z Get fulltext  |u http://journalarticle.ukm.my/17117/1/343-Article%20Text-508-1-10-20201110.pdf 
520 |a Kecelaruan gaya pemakanan merupakan antara kecelaruan yang sangat berbahaya dan boleh mendatangkan banyak komplikasi dan sekiranya tidak dirawat boleh mendatangkan kematian. Tujuan kajian ini dijalankan adalah untuk mengenal pasti perbezaan ketidakpuasan imej badan, kemurungan, indeks jisim badan (BMI) dan kecelaruan gaya pemakanan berdasarkan status perkahwinan wanita di Malaysia dan mengkaji hubungan antara ketidakpuasan imej badan dan kecelaruan gaya pemakanan dalam kalangan wanita di Malaysia. Alat ujian Multidimensional Body Self Relations Questionnare-Appearance Scale digunakan untuk mengukur ketidakpuasan imej badan, Beck Depression Inventory digunakan untuk mengukur kemurungan dan The Eating Attitude Test digunakan untuk mengukur risiko terhadap kecelaruan gaya pemakanan. Responden kajian berasal dari latar belakang demografi yang berbeza di Malaysia (N 385). Secara keseluruhan, ketidakpuasan imej badan mempunyai pengaruh yang signifikan dan kuat terhadap kecelaruan gaya pemakanan dalam kalangan wanita di Malaysia. Wanita berkahwin mempunyai tahap ketidakpuasan imej badan dan kemurungan yang tinggi serta lebih berisiko terhadap kecelaruan gaya pemakanan berbanding wanita tidak berkahwin. Dapatan kajian ini boleh membantu para wanita di Malaysia mengenalpasti kecelaruan gaya pemakanan dan faktor risikonya. 
546 |a en