Pilihan bahasa dalam kalangan etnik minoriti Kedayan di Bekenu, Sarawak: satu penelitian awal

Komuniti Kedayan di Bekenu, Sibuti merupakan salah satu etnik minoriti di bahagian utara negeri Sarawak. Dalam beberapa kajian lepas, banyak bahasa etnik minoriti di Sarawak dilaporkan berdepan dengan isu keterancaman bahasa akibat arus pemodenan. Makalah ini melaporkan hasil kajian pilihan bahasa y...

Full description

Bibliographic Details
Main Authors: Dilah Tuah (Author), Chong, Shin (Author), Remmy Gedat (Author), Mohammed Azlan Mis (Author)
Format: Article
Language:English
Published: Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia, 2021-05.
Online Access:Get fulltext
Description
Summary:Komuniti Kedayan di Bekenu, Sibuti merupakan salah satu etnik minoriti di bahagian utara negeri Sarawak. Dalam beberapa kajian lepas, banyak bahasa etnik minoriti di Sarawak dilaporkan berdepan dengan isu keterancaman bahasa akibat arus pemodenan. Makalah ini melaporkan hasil kajian pilihan bahasa yang dilakukan ke atas kaum Kedayan di Bekenu, bagi menentukan daya tahan bahasa Kedayan kesan dari pengembangan penggunaan bahasa Melayu, dialek Melayu Sarawak dan bahasa Iban yang lebih dominan di Sarawak. Kajian ini mengaplikasikan kerangka domain dan pilihan bahasa yang diperkenalkan oleh Fishman (1972). Lima domain pilihan bahasa telah diberikan perhatian dalam kajian ini, iaitu domain keluarga, persahabatan, agama, pendidikan dan pekerjaan. Data kuantitatif diperoleh melalui tinjauan soal selidik dan temu bual bersemuka, manakala data kualitatif diperolehi melalui pemerhatian. Seramai sembilan puluh orang informan, yang dibahagikan mengikut kategori usia telah dipilih berdasarkan kaedah persampelan kuota. Hasil kajian mendapati bahawa bahasa Kedayan masih berdaya tahan, walaupun berdepan dengan persaingan daripada dialek Melayu Sarawak dan bahasa Iban. Bahasa Kedayan telah dijadikan sebagai bahasa default atau bahasa mutlak ketika berinteraksi dalam domain-domain yang diteliti. Walaupun kini dialek Melayu Sarawak dan bahasa Iban kerap digunakan dalam komuniti Kedayan, namun daya tahan bahasa Kedayan tetap utuh dan berada pada tahap yang selamat jika dibandingkan dengan bahasa minoriti lain di Sarawak.