Kesahan kandungan instrumen pengukuran tingkah laku inovatif guru menggunakan kaedah nisbah kesahan kandungan (CVR)

Tingkah laku inovatif dalam persekitaran hari ini merupakan salah satu aspek penting dalam menjamin keupayaan inovasi dalam sesebuah organisasi. Walaupun terdapat beberapa instrumen pengukuran yang telah dibangunkan untuk menilai tingkah laku inovatif, namun instrumen yang mempunyai kesahan yang bai...

Full description

Bibliographic Details
Main Authors: Mohammed Afandi Zainal (Author), Mohd Effendi Ewan Mohd Matore (Author), Wan Norshuhadah W Musa (Author), Noor Hashimah Hashim (Author)
Format: Article
Language:English
Published: Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia, 2020.
Online Access:Get fulltext
Description
Summary:Tingkah laku inovatif dalam persekitaran hari ini merupakan salah satu aspek penting dalam menjamin keupayaan inovasi dalam sesebuah organisasi. Walaupun terdapat beberapa instrumen pengukuran yang telah dibangunkan untuk menilai tingkah laku inovatif, namun instrumen yang mempunyai kesahan yang baik didapati masih kurang dan terhad. Sehubungan dengan itu, kajian ini bertujuan untuk menguji aspek kesahan kandungan instrumen pengukuran tingkah laku inovatif khusus untuk guru di Malaysia menggunakan kaedah Nisbah Kesahan Kandungan (CVR) bagi memastikan instrumen pengukuran adalah sesuai untuk digunakan dalam konteks dan budaya tempatan. Kajian adalah berbentuk tinjauan soal selidik secara bertulis dan dalam talian. Sebelas orang pakar dalam bidang inovasi dipilih melalui teknik persampelan bertujuan yang terdiri daripada sembilan orang pakar profesional dan dua orang pakar lapangan yang masih aktif berkhidmat di Universiti Awam Malaysia dan Kementerian Pendidikan Malaysia. Proses kesahan instrumen melibatkan 34 item daripada empat konstruk. Dapatan kuantitatif kajian mendapati instrumen mempunyai kesahan kandungan yang baik dengan 27 item mencapai tahap minimum nilai CVR (N=11, CVRkritikal= 0.636). Empat item yang tidak mencapai nilai minimum CVR akan ditambah baik manakala baki tiga item digugurkan dari instrumen. Keseluruhan 31 item yang kekal akan dimurnikan sebagai instrumen akhir. Dapatan kualitatif kajian mendapati instrumen adalah sesuai dan relevan serta mempunyai potensi untuk menjadi instrumen yang baik bagi mengukur tingkah laku inovatif dalam kalangan guru. Dicadangkan agar kajian rintis dijalankan dan data dianalisis menggunakan analisis statistik seperti Model Rasch agar item - item dapat dianalisis dengan lebih mendalam.