Kepimpinan transformasional : hubungan serta peramal kepada amalan komuniti pembelajaran professional

Kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti tahap kepimpinan transformasional pengetua dan tahap amalan komuniti pembelajaran profesional (KPP) guru di sekolah menengah berprestasi tinggi di negeri Selangor. Selain itu kajian ini juga melihat hubungan antara kepimpinan transformasional pengetua dengan...

Full description

Bibliographic Details
Main Authors: Nor Azlin Ibrahim (Author), Mohd Izham Mohd Hamzah (Author), Jamalul Lail Abdul Wahab (Author)
Format: Article
Language:English
Published: Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia, 2020.
Online Access:Get fulltext
Description
Summary:Kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti tahap kepimpinan transformasional pengetua dan tahap amalan komuniti pembelajaran profesional (KPP) guru di sekolah menengah berprestasi tinggi di negeri Selangor. Selain itu kajian ini juga melihat hubungan antara kepimpinan transformasional pengetua dengan amalan komuniti pembelajaran profesional guru. Sampel adalah terdiri daripada guru-guru yang mengajar di Sekolah Menengah Berprestasi Tinggi (SBT) di Selangor iaitu seramai 150 orang. Kajian ini menggunakan kaedah tinjauan dan soal selidik digunakan sebagai instrumen. Ujian min digunakan untuk statistik deskriptif dan analisis korelasi dan kaedah 'bootsraping' bagi statistik inferensi. Dapatan kajian mendapati tahap amalan kepimpinan transformasional pengetua adalah tinggi sementara amalan komuniti pembelajaran profesional (KPP) adalah sangat tinggi. Seterusnya kajian menunjukkan hubungan kepimpinan transformasional dengan amalan komuniti pembelajaran profesional adalah sangat tinggi (r= .769**, p<0.01) dan dimensi merangsang intelek merupakan peramal yang dominan terhadap KPP. Dengan ini menunjukkan bahawa gaya kepimpinan yang berkesan iaitu kepimpinan transformasional dapat memberi impak kepada amalan komuniti pembelajaran profesional dan ini perlu di terapkan di semua sekolah bagi menghasilkan guru yang berkualiti dan menjadikan sekolah yang cemerlang dan terbilang.