Cabaran polis dan tentera mendepani pandemik Covid-19

Perintah kawalan pergerakan telah dilaksanakan sebagai respon memutuskan rantaian penularan pandemik Covid-19. Polis Diraja Malaysia dipertanggungjawabkan untuk menguatkuasa perintah kawalan pergerakan dengan melaksana sekatan jalan raya dan pemantauan pematuhan prosedur operasi standard. Kesukaran...

Full description

Bibliographic Details
Main Authors: Nazirah Hassan (Author), Syahrezahelmy Mohd Razali (Author), Mohd Suhaimi Mohamad (Author)
Format: Article
Language:English
Published: Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia, 2021.
Online Access:Get fulltext
Description
Summary:Perintah kawalan pergerakan telah dilaksanakan sebagai respon memutuskan rantaian penularan pandemik Covid-19. Polis Diraja Malaysia dipertanggungjawabkan untuk menguatkuasa perintah kawalan pergerakan dengan melaksana sekatan jalan raya dan pemantauan pematuhan prosedur operasi standard. Kesukaran untuk mengawal situasi ini, anggota Angkatan Tentera Malaysia turut dikerah untuk membantu pihak polis menguatkuasa perintah kawalan pergerakan. Kajian ini bertujuan meneroka cabaran yang dihadapi oleh pihak polis dan tentera dalam menjalankan tugas sepanjang tempoh kawalan pergerakan dikuatkuasakan di Malaysia. Kaedah kualitatif menerusi temubual mendalam telah dilaksanakan keatas 10 informan termasuklah lima anggota Polis Diraja Malaysia dan lima anggota Angkatan Tentera Malaysia. Hasil kajian mengenalpasti sekurang-kurangnya lima tema cabaran yang dihadapi sewaktu menguatkuasa perintah kawalan iaitu kekangan logistik, beban tugas, sikap orang awam, isu kesejahteraan emosi dan isu peribadi. Kelima-lima cabaran ini telah menghalang kelancaran pelaksanaan tugas, sekaligus menyumbang kepada masalah tekanan anggota polis dan tentera yang bertugas sepanjang tempoh pandemik Covid-19. Kajian ini menekankan kepentingan agensi penguatkuasaan untuk mengambil tindakan dan memainkan peranan dalam meminumkan masalah atau cabaran tersebut. Kajian ini mencadangkan bahawa kepimpinan yang berkesan dapat mengurangkan risiko tekanan dan meningkatkan prestasi kerja dalam kalangan anggota. Hasil kajian memberi implikasi keatas penguatkuasaan efektif pasukan keselamatan dalam melaksana tanggungjawab melindungi keselamatan awam dan manjaga keamanan negara sewaktu tempoh pandemik.