Perubahan budaya masyarakat Orang Asli suku Temiar di Kampung Bukit Cermin, Kuala Kangsar, Perak

Kajian ini membincangkan budaya terkini masyarakat Orang Asli suku Temiar di Malaysia. Kajian tentang perubahan terkini budaya suku ini boleh dikaji lagi khasnya setelah mereka berpindah ke penempatan baharu di Kg. Bukit Cermin, Kuala Kangsar, Perak. Objektif kajian adalah untuk mengenal pasti buday...

Full description

Bibliographic Details
Main Authors: Mohamad Hakimi Ahmad Khairuddin (Author), Muammar Ghaddafi Hanafiah (Author)
Format: Article
Language:English
Published: Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia, 2021.
Online Access:Get fulltext
LEADER 02261 am a22001333u 4500
001 17641
042 |a dc 
100 1 0 |a Mohamad Hakimi Ahmad Khairuddin,   |e author 
700 1 0 |a Muammar Ghaddafi Hanafiah,   |e author 
245 0 0 |a Perubahan budaya masyarakat Orang Asli suku Temiar di Kampung Bukit Cermin, Kuala Kangsar, Perak 
260 |b Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia,   |c 2021. 
856 |z Get fulltext  |u http://journalarticle.ukm.my/17641/1/46583-156793-1-PB.pdf 
520 |a Kajian ini membincangkan budaya terkini masyarakat Orang Asli suku Temiar di Malaysia. Kajian tentang perubahan terkini budaya suku ini boleh dikaji lagi khasnya setelah mereka berpindah ke penempatan baharu di Kg. Bukit Cermin, Kuala Kangsar, Perak. Objektif kajian adalah untuk mengenal pasti budaya suku ini dan menganalisis corak serta faktor perubahan budaya tradisi mereka di situ. Metodologi kajian menggunakan kaedah kualitatif dengan pendekatan etnografi. Kajian lapangan dilakukan dengan melibatkan pemerhatian dan temu bual berfokus bagi memperoleh data utama. Kajian kepustakaan dilakukan untuk menyokong kajian lapangan. Skop budaya yang dikaji adalah kepercayaan, pantang larang dan ritual. Data dianalisis menggunakan teori difusi budaya dan konsep corak perubahan. Hasil kajian mendapati mereka telah meninggalkan kepercayaan animisme dan menganut Islam. Namun, mereka masih lagi mengamalkan pantang larang tradisi leluhur mereka seperti pantang larang masuk hutan, pantang larang mengambil petai dan pantang larang mengambil buluh bagi menjaga keselamatan diri. Mereka juga sering mempersembahkan tarian-tarian warisan leluhur seperti tarian Sewang, tetapi hanya untuk berhibur bukan untuk berubat. Corak perubahan kepercayaan mereka adalah 'reactive change' dan faktornya ialah penyebaran unsur kebudayaan daripada satu masyarakat kepada satu masyarakat yang lain. Corak perubahan pantang larang ialah 'revolutionary change' dan faktornya terdapat inovasi baru yang bermanfaat dan dapat diterima oleh kebudayaan sesebuah masyarakat. Manakala corak perubahan ritual ialah 'total change' dan faktor perubahannya adalah akulturasi budaya. Semuanya adalah natijah daripada proses difusi Islam ke dalam sistem kepercayaan yang mempengaruhi kehidupan dan kebudayaan mereka. 
546 |a en