Kajian kontrastif terhadap persamaan implikatur ayat perintah dalam bahasa Arab dan bahasa Melayu
Sumbangan kajian linguistik kontrastif sangat besar dan penting dalam pengajaran bahasa asing. Kajian kontrastif ialah mengintegrasikan antara dua atau lebih bahasa yang berlainan rumpun. Fokus kajian ialah kepada aspek persamaan dan perbezaan antara bahasa-bahasa tersebut. .Kajian linguistik kontra...
Main Authors: | , , , |
---|---|
Format: | Article |
Language: | English |
Published: |
Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia,
2021.
|
Online Access: | Get fulltext |
Summary: | Sumbangan kajian linguistik kontrastif sangat besar dan penting dalam pengajaran bahasa asing. Kajian kontrastif ialah mengintegrasikan antara dua atau lebih bahasa yang berlainan rumpun. Fokus kajian ialah kepada aspek persamaan dan perbezaan antara bahasa-bahasa tersebut. .Kajian linguistik kontrastif diperkenalkan kepada para pelajar yang mempelajari bahasa asing bagi tujuan hasil pembelajaran yang lebih efektif, efesien, mudah dan menarik. Kajian ini menyentuh salah satu topik kontras antara bahasa Arab (BA) dan bahasa Melayu (BM), iaitu persamaan implikatur ayat perintah. Implikatur ialah suatu bentuk pentafsiran makna yang melangkaui makna tersurat dalam sesebuah ayat. Objektif kajian ini untuk mengenalpasti persamaan implikatur gaya bahasa perintah dalam kedua-dua bahasa ini. Kajian ini merupakan kajian kualitatif dan analisis kontras berdasarkan teks dalam kedua-dua bahasa. Teori transformasi generatif (TG) dan teori pragmatik diaplikasi dalam menganalisis persamaan ini. Dapatan kajian menjelaskan terdapat 28 makna implisit yang sama dalam bahasa Arab (BA) dan bahasa Melayu (BM). Kajian ini menyumbang kepada suatu penerokaan baharu dalam kajian linguistik bahasa Arab (BA) dan bahasa Melayu (BM). Hasil kajian ini juga boleh membantu para pengajar bahasa asing untuk memahami dan mendalami titik persamaan serta membina kurikulum baharu bagi tujuan mempersembahkan bahan pengajaran yang lebih mudah dan menarik. Para pelajar bahasa asing juga dapat menguasai bahan pengajaran tersebut dengan cepat dan menyeronokkan. |
---|