Asbab Al-Nuzul di dalam Tafsir Nurul Ihsan

Tafsir Nurul Ihsan merupakan Tafsir Bahasa Melayu pertama yang dihasilkan oleh ulama Malaysia iaitu Muhammad Sa'id bin Umar yang dilahirkan pada tahun 1275h/ 1854m di Kampung Kuar, Jerlun, Kedah Darul Aman. Riwayat Asbāb al-Nuzūl telah mendominasi sebahagian kecil daripada tafsir ini. Riwayat...

Full description

Bibliographic Details
Main Authors: Mohd Nazri Ahmad (Author), Izmir Fareez Noorazalan (Author), Hamdi Ishak (Author)
Format: Article
Language:English
Published: Pusat Kelestarian Turath Islami, Fakulti Pengajian Islam, Universiti Kebangsaan Malaysia, 2021-12.
Online Access:Get fulltext
Description
Summary:Tafsir Nurul Ihsan merupakan Tafsir Bahasa Melayu pertama yang dihasilkan oleh ulama Malaysia iaitu Muhammad Sa'id bin Umar yang dilahirkan pada tahun 1275h/ 1854m di Kampung Kuar, Jerlun, Kedah Darul Aman. Riwayat Asbāb al-Nuzūl telah mendominasi sebahagian kecil daripada tafsir ini. Riwayat-riwayat yang dikemukakan adalah data yang ditransformasi oleh penulis daripada hadith-hadith dan kitab-kitab tafsir yang lain yang tidak dijelaskan sumber pengambilan dan kedudukan serta tiada kritikan. Artikel ini akan mengulas secara umum tentang Asbab al-Nuzul didalam Tafsir Nurul Ihsan. Hasil kajian mendapati Muhammad Sa'id hanya merujuk dua kitab sahaja dalam menukilkan riwayat-riwayat Asbāb al-Nuzūl iaitu Tafsīr al-Jalālayn dan al-Futuhāt al-Ilāhiyyah atau lebih dikenali dengan Hāshiah al-Jamal. Kajian ini juga mendapati terdapat 172 riwayat-riwayat Asbāb al-Nuzūl, 68 daripadanya adalah sahih dan 104 adalah da'if. Implikasi daripada kajian mendapati riwayat-riwayat Asbāb al-Nuzūl yang dacif memberi kesan terhadap kredibiliti tafsir ini sebagai rujukan utama bagi para pelajar dan masyarakat dan mengurangkan keautoritiannya untuk dijadikan rujukan terhadap riwayat-riwayat yang lain.