Keperluan tadbir urus syariah di industri kecil dan sederhana (IKS) : satu tinjauan literatur

Rangka Kerja Tadbir Urus Syariah telah mula diperkenalkan di institusi-institusi kewangan Islam pada tahun 2010 melalui Shariah Governance Framework 2010. Rentetan itu, institusi kewangan termasuk takaful, ar-Rahnu dan koperasi mula mengorak langkah melaksanakan tadbir urus syariah dengan mengadapta...

Full description

Bibliographic Details
Main Authors: Abd Hakim Abd Rasid (Author), Salmy Edawati Yaacob (Author), Mat Noor Mat Zain (Author)
Format: Article
Language:English
Published: Pusat Penyelidikan Syariah, Fakulti Pengajian Islam, Universiti Kebangsaan Malaysia, 2021.
Online Access:Get fulltext
LEADER 02154 am a22001453u 4500
001 18243
042 |a dc 
100 1 0 |a Abd Hakim Abd Rasid,   |e author 
700 1 0 |a Salmy Edawati Yaacob,   |e author 
700 1 0 |a Mat Noor Mat Zain,   |e author 
245 0 0 |a Keperluan tadbir urus syariah di industri kecil dan sederhana (IKS) : satu tinjauan literatur 
260 |b Pusat Penyelidikan Syariah, Fakulti Pengajian Islam, Universiti Kebangsaan Malaysia,   |c 2021. 
856 |z Get fulltext  |u http://journalarticle.ukm.my/18243/1/JCIL-2021-62-Article-7.pdf 
520 |a Rangka Kerja Tadbir Urus Syariah telah mula diperkenalkan di institusi-institusi kewangan Islam pada tahun 2010 melalui Shariah Governance Framework 2010. Rentetan itu, institusi kewangan termasuk takaful, ar-Rahnu dan koperasi mula mengorak langkah melaksanakan tadbir urus syariah dengan mengadaptasi SGF 2010 ke arah mewujudkan ekosistem ekonomi patuh syariah. Industri Kecil dan Sederhana (IKS) juga dilihat berperanan penting dalam menyumbang kepada perkembangan ekonomi di Malaysia yang sepatutnya juga mengadaptasi SGF 2010. Justeru objektif kertas kerja ini disediakan adalah untuk menyoroti kajian lepas berkaitan tadbir urus Syariah dan keperluan pelaksanaan tadbir urus Syariah untuk Industri Kecil dan Sederhana (IKS) di Malaysia dan seterusnya meneliti keperluan tadbir urus syariah di IKS. Kajian ini berbentuk kualitatif dengan mengambil pendekatan analisa kandungan dan dianalisis secara deskriptif. Hasil analisis tinjauan literatur yang dilakukan mendapati bahawa tadbir urus syariah adalah pelengkap kepada sistem tadbir urus korporat yang mana ia dapat memastikan semua transaksi dan operasi perniagaan yang dijalankan berjalan dengan mematuhi prinsip-prinsip syariah. Ia juga akan dapat meningkatkan kredibiliti dan kepercayaan orang awam terhadap status patuh syariah sesuatu perniagaan. Perkara ini menunjukkan terdapat keperluan untuk tadbir urus syariah dilaksanakan di syarikat-syarikat kategori IKS. Oleh itu, kajian lanjut perlu dijalankan tentang bagaimana model tadbir urus syariah untuk syarikat-syarikat IKS yang sesuai dengan saiz, sifat perniagaan dan kemampuan syarikat. 
546 |a en