Profil kecerdasan emosi guru pelatih bahasa mengikut tahun pengajian

Kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti tahap kecerdasan emosi guru-guru pelatih bidang bahasa Indonesia di Universitas Syiah Kuala mengikut tahun pengajian. Kajian tinjauan ini melibatkan 235 orang guru pelatih. Soal selidik dibina untuk mengukur kecerdasan emosi dan pencapaian bahasa. Statistik...

Full description

Bibliographic Details
Main Authors: Muhammad Idham (Author), Zamri Mahamod (Author), Melor Md. Yunus (Author), Nik Mohd Rahimi Nik Yusoff (Author)
Format: Article
Language:English
Published: Penerbit UKM, 2010.
Online Access:Get fulltext
Description
Summary:Kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti tahap kecerdasan emosi guru-guru pelatih bidang bahasa Indonesia di Universitas Syiah Kuala mengikut tahun pengajian. Kajian tinjauan ini melibatkan 235 orang guru pelatih. Soal selidik dibina untuk mengukur kecerdasan emosi dan pencapaian bahasa. Statistik deskriptif seperti kekerapan, peratusan dan min digunakan untuk menerangkan profil responden. Dapatan kajian menunjukkan bahawa kecerdasan emosi guru pelatih bidang bahasa Indonesia berada pada tahap tinggi. Kecerdasan emosi guru pelatih dari segi kesedaran kendiri, regulasi kendiri, motivasi kendiri, empati, kemahiran sosial, kerohanian dan kematangan secara keseluruhan berada pada tahap tinggi. Selain itu, dapatan kajian menunjukkan bahawa terdapat hubungan yang signifikan dari segi kecerdasan emosi, regulasi kendiri dan empati antara guru pelatih berdasarkan tahun pengajian. Sebaliknya, tidak terdapat hubungan yang signifikan dari segi motivasi kendiri, kemahiran sosial, kerohanian dan kematangan antara guru pelatih berdasarkan tahun pengajian.