Etnosentrisme Melayu dalam sulatus salatin (Malay etnocentrism in sulalatus salatin)

Kajian ini membincangkan tentang etnosentrisme dalam teks historiografi Melayu tradisional, Sulatus Salatin. Etnosentrisme di sini merujuk kepada riak-riak penentangan awal masyarakat peribumi terhadap penjajah sebelum zaman kolonial. Melalui cara pengolahan pengarang, pembentukan konsep etnosentris...

Full description

Bibliographic Details
Main Author: Zubir Idris (Author)
Format: Article
Language:English
Published: Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan, 2011.
Online Access:Get fulltext
LEADER 01855 am a22001213u 4500
001 3188
042 |a dc 
100 1 0 |a Zubir Idris,   |e author 
245 0 0 |a Etnosentrisme Melayu dalam sulatus salatin (Malay etnocentrism in sulalatus salatin) 
260 |b Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan,   |c 2011. 
856 |z Get fulltext  |u http://journalarticle.ukm.my/3188/1/3.pdf 
520 |a Kajian ini membincangkan tentang etnosentrisme dalam teks historiografi Melayu tradisional, Sulatus Salatin. Etnosentrisme di sini merujuk kepada riak-riak penentangan awal masyarakat peribumi terhadap penjajah sebelum zaman kolonial. Melalui cara pengolahan pengarang, pembentukan konsep etnosentrisme Melayu cuba dikesan dalam karya mereka. Sebagai kerangka konseptual, kajian memanfaatkan idea William Graham Sumner yang mendefinisikan etnosentrisme sebagai kecenderungan melihat serta menilai kebudayaan sendiri lebih tinggi daripada kebudayaan orang lain. Untuk merungkai teks, kajian memanfaatkan analisis intrinsik. Hal ini bermaksud, kajian meneliti aspek tema dan persoalannya, kekuatan kebahasaan seperti penggunaan metafora, perbandingan, perlambangan serta pemilihan diksi, dan bagaimana perkara-perkara tersebut diaplikasikan oleh pengarang silam bagi menggambarkan etnosentrisme etnik Melayu khususnya di Melaka. Selain itu, juga dilihat tujuan teks dikarang, seperti yang tersulam dalam Sulatus Salatin. Berdasarkan aspek penulisan, hasil kajian mendapati pengarang teks telah memanfaatkan metafora, hiperbola, perbandingan serta perlambangan yang tertentu untuk mengangkat dan meletakkan etnik Melayu secara umumnya, dan masyarakat Melayu Melaka khususnya pada kedudukan yang tinggi dan mengatasi etnik seteru. Kecenderungan menilai etnik sendiri lebih hebat daripada etnik lain, jelas merupakan strategi dalam menyerlahkan etnosentrisme Melayu dalam teks yang dikaji. 
546 |a en