Migrasi keluar dan rebakan bandar: bukti di pinggiran wilayah metropolitan Lembah Klang, Malaysia

Migrasi keluar dari wilayah metropolitan ke kawasan pinggiran pada masa kebelakangan ini adalah suatu trend global. Dalam era globalisasi ekonomi wilayah metropolitan memainkan peranan yang penting dalam pembangunan negara. Wilayah sedemikian telah menjadi fokus kepada pelaburan, khususnya pelabur a...

Full description

Bibliographic Details
Main Authors: Katiman Rostam (Author), Mohd Fuad Mat Jali (Author), Aishah@Eshah Hj Mohammad (Author)
Format: Article
Language:English
Published: Journal of Faculty of Social Sciences and Humanities. Universiti Kebangsaan Malaysia, 2010.
Online Access:Get fulltext
LEADER 03087 am a22001453u 4500
001 4231
042 |a dc 
100 1 0 |a Katiman Rostam,   |e author 
700 1 0 |a Mohd Fuad Mat Jali,   |e author 
700 1 0 |a Aishah@Eshah Hj Mohammad,   |e author 
245 0 0 |a Migrasi keluar dan rebakan bandar: bukti di pinggiran wilayah metropolitan Lembah Klang, Malaysia 
260 |b Journal of Faculty of Social Sciences and Humanities. Universiti Kebangsaan Malaysia,   |c 2010. 
856 |z Get fulltext  |u http://journalarticle.ukm.my/4231/1/katiman010_2.pdf 
520 |a Migrasi keluar dari wilayah metropolitan ke kawasan pinggiran pada masa kebelakangan ini adalah suatu trend global. Dalam era globalisasi ekonomi wilayah metropolitan memainkan peranan yang penting dalam pembangunan negara. Wilayah sedemikian telah menjadi fokus kepada pelaburan, khususnya pelabur asing langsung kerana kelebihan daya saingnya. Ketiadaan tanah yang sesuai untuk dimajukan di kawasan teras telah menyebabkan banyak firma pembuatan dan perkhidmatan menempatkan diri atau memindahkan aktiviti mereka ke kawasan pinggir wilayah metropolitan. Peningkatan penawaran peluang pekerjaan dan kawasan kediaman bandar yang baru telah menarik isi rumah termasuk mereka yang tinggal di zon teras, untuk berpindah ke kawasan yang baru membangun. Hal ini menggalakkan proses rebakan bandar di kawasan tersebut. Makalah ini bertujuan membincangkan pola migrasi penduduk yang tinggal di dalam dan sekitar Wilayah Metropolitan Lembah Klang serta hubungannya dengan rebakan bandar. Menggunakan data banci penduduk dan perumahan tahun 2000, juga data kaji selidik yang dilakukan secara rawak bersistematik terhadap isi rumah yang tinggal di daerah Hulu Langat, Sepang dan Kuala Langat, pola migrasi penduduk di wilayah tersebut dianalisis. Hasil analisis menunjukkan bahawa migrasi intraNegeri Selangor merupakan pola yang dominan (71 peratus) bagi tempoh 1996-2000. Bagaimana pun 41 peratus daripada penduduk yang berpindah keluar dari Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, zon teras Wilayah Metropolitan Lembah Klang , bergerak menuju ke Negeri Selangor. Selanjutnya lebih 43 peratus migran yang berpindah ke kawasan pinggiran wilayah metropolitan tersebut berasal dari zon teras dan dalaman khususnya Bandaraya Kuala Lumpur, Klang dan Petaling. Kebanyakan migran terdiri daripada isi rumah yang berpendidikan, berpendapatan sederhana, mempunyai saiz keluarga agak besar, bekerja di kawasan sekitar 10 kilometer dari tempat kediaman dalam sektor pembuatan dan perkhidmatan. Majoriti isi rumah berpindah kerana ingin memiliki hartanah atau rumah kediaman sendiri yang harganya dikatakan lebih murah berbanding dengan harga yang ditawarkan di zon teras dan dalaman wilayah tersebut. Migrasi ini cenderung untuk menunjukkan bahawa aliran pergerakan keluar dari zon teras dan dalaman ke pinggir wilayah metropolitan sedang berlaku dan ini diikuti oleh proses rebakan bandar yang pesat. Pihak berkuasa negeri dan tempatan bagi kedua-dua kawasan asal dan destinasi di mana migrasi berlaku sewajarnya mengambil langkah proaktif untuk menangani isu tersebut. 
546 |a en