Perbandingan pengaruh persekitaran kediaman terhadap serangan asma di antara kanak-kanak Kuala Lumpur dengan Terengganu, Malaysia

Satu kajian perbandingan yang melibatkan kanak-kanak asma di Kuala Lumpur dan Terengganu telah dijalankan. Objektif kajian ini adalah untuk mengenalpl!Sti hubungan di antara ciri kediaman dalaman dan luaran yang mewakili keadaan persekitaran kediaman dengan kekerapan serangan asma di kalangan kanak-...

Full description

Bibliographic Details
Main Authors: Juliana Jalaludin (Author), Zailina Hashim (Author), Nasir M. Taib (Author), Syarif Husin Lubis (Author), Jamal H.Hashim (Author)
Format: Article
Language:English
Published: Department Of Community Health, Faculty of Medicine, Universiti Kebangsaan Malaysia, 2002.
Online Access:Get fulltext
LEADER 02601 am a22001693u 4500
001 4407
042 |a dc 
100 1 0 |a Juliana Jalaludin,   |e author 
700 1 0 |a Zailina Hashim,   |e author 
700 1 0 |a Nasir M. Taib,   |e author 
700 1 0 |a Syarif Husin Lubis,   |e author 
700 1 0 |a Jamal H.Hashim,   |e author 
245 0 0 |a Perbandingan pengaruh persekitaran kediaman terhadap serangan asma di antara kanak-kanak Kuala Lumpur dengan Terengganu, Malaysia 
260 |b Department Of Community Health, Faculty of Medicine, Universiti Kebangsaan Malaysia,   |c 2002. 
856 |z Get fulltext  |u http://journalarticle.ukm.my/4407/1/Vol6%28K%29-Bashirah.pdf 
520 |a Satu kajian perbandingan yang melibatkan kanak-kanak asma di Kuala Lumpur dan Terengganu telah dijalankan. Objektif kajian ini adalah untuk mengenalpl!Sti hubungan di antara ciri kediaman dalaman dan luaran yang mewakili keadaan persekitaran kediaman dengan kekerapan serangan asma di kalangan kanak-kanak dari 2 kawasan kajian. Melalui kaedah pensampelan bertujuan seramai 163 orang kanak-kanak berumur dalam lingkungan 8-12 tahun telah terpilih di Kuala Lumpur, manakala 38 orang kanak-kanak pula telah terpilih di Terengganu. Kajian yang berbentuk epidemiologi urutan masa (time series) ini telah dijalankan dari 26 Jun sehingga 23 November 1996. Borang soal-selidik telah digunakan untuk mengumpul maklumat-maklumat seperti latar belakang sosioekonomi, sejarah serta ciri kediaman dalaman dan luaran rumah kanak-kanak asma kajian. Manakala kad diari pula telah digunakan untuk mendapatkan maklumat mengenai kekerapan serangan asma harian. Perkembangan kanak-kanak ini telah diikuti sepanjang kajian ini dijalankan bagi mendapatkan maklumat mengenai kekerapan serangan asma yang dialami. Hasil daripada ujian korelasi yang dijalankan menunjukkan bahawa gabungan skor ciri kediaman mempunyai hubungan yang signifikan dengan kekerapan serangan asma individu di kalangan kanak-kanak di Kuala Lumpur (r=O.221, p=O.O50). Manakala di Terengganu ujian korelasi yang dijalankan tidak menunjukkan hubungan yang signifikan di antara gabungan skor ciri kediaman dengan kekerapan serangan asma individu (r=O.274 p=O.O96). Sungguhpun begitu hasil darl Ujian Khi-kuasadua dan Ujian Tepat Fisher yang dijalankan menunjukkan tiada hubungan yang signifikan di antara serangan asma individu dengan setiap ciri kediaman di kalangan kanak-kanak asma di Kuala Lumpur dan Terengganu. Hasil daripada ujian regresi berganda juga mendapati tiada hubungan yang signifikan di antara serangan asma individu dengan setiap ciri kediaman kanak-kanak di kedua kawasan kajian. 
546 |a en