Kebolehpasaran graduan UKM: satu kajian perbandingan antara graduan disiplin sains dengan bukan sains

Usaha pengesanan dan menjejaki graduan IPTA telah lama dilaksanakan oleh semua universiti awam di Malaysia, termasuk Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM). Memiliki kerjaya sejurus seorang graduan menamatkan pengajian disebuah pusat pengajian tinggi adalah satu ukuran kebolehpasaran siswazah. Kajian...

Full description

Bibliographic Details
Main Authors: Shaharuddin Ahmad (Author), Noraziah Ali (Author), Mohd Fauzi Hamzah (Author)
Format: Article
Language:English
Published: Pusat Perkembangan Pelajar ,U.K.M, 2011-12.
Online Access:Get fulltext
Description
Summary:Usaha pengesanan dan menjejaki graduan IPTA telah lama dilaksanakan oleh semua universiti awam di Malaysia, termasuk Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM). Memiliki kerjaya sejurus seorang graduan menamatkan pengajian disebuah pusat pengajian tinggi adalah satu ukuran kebolehpasaran siswazah. Kajian ini cuba menganalisis kebolehpasaran graduan UKM berjumlah 32,546 orang sejak tahun 2006 hingga 2010 yang terbahagi kepada pelajar gugusan sains dan bukan sains. Analisis kajian menggunakan kaedah statistik mudah seperti min dan peratusan. Kajian mendapati tiga status perkerjaan graduan sejurus meninggalkan UKM, iaitu berkerja, mengikuti program pengukuhan sumber manusia, dan belum perolehi pekerjaan. Graduan bekerja merupakan kumpulan terbesar bagi tempoh 2006-2010 dan didapati tiada perbezaan antara graduan sains dan bukan sains. Namun graduan sains lebih besar nisbahnya bagi kategori pemantapan sumber manusia , tetapi lebih kecil nisbahnya bagi yang belum memperolehi pekerjaan. Sektor kerajaan dan swasta tempatan adalah tumpuan graduan UKM., diikutisektor swasta asing. keseluruhannya, kebolehpasaran graduan UKM dianggap secara relatif baik, dan dengan itu masih terdapat ruang yang perlu ditingkatkan menerusi pembangunan kerjaya dan latihan industri di UKM.Selain itu, pelajar perlu digalakkan berniaga menerusi meningkatkan program keusahawanan supaya graduan tidak terlalu bergantung kepada pasaran kerja.