Kepatuhan agama asas pembentukan tamadun ummah: kes tahap kepatuhan agama warga tua Felda Chiku, Kelantan

Akhir-akhir ini isu berkaitan warga tua menjadi semakin penting dalam agenda semua negara termasuk Malaysia. Salah satu isu yang boleh diberikan tumpuan ialah isu berkaitan tahap kepatuhan agama golongan ini. Tahap kepatuhan agama warga tua berbeza-beza di antara seorang warga tua dengan warga tua y...

Full description

Bibliographic Details
Main Authors: Wan Ibrahim Wan Ahmad (Author), Zainab Ismail (Author), Muhammad Hafeez Zakaria (Author), Siti Hawa Madan (Author), Faraha Abdullah (Author), Noredayu Abdul Ghani (Author), Noraini Mohd Tajudin (Author)
Format: Article
Language:English
Published: Institut Islam Hadhari Universiti Kebangsaan Malaysia, 2012.
Online Access:Get fulltext
Description
Summary:Akhir-akhir ini isu berkaitan warga tua menjadi semakin penting dalam agenda semua negara termasuk Malaysia. Salah satu isu yang boleh diberikan tumpuan ialah isu berkaitan tahap kepatuhan agama golongan ini. Tahap kepatuhan agama warga tua berbeza-beza di antara seorang warga tua dengan warga tua yang lain. Ada warga tua yang patuh kepada agama, sementara ada warga tua yang lain pula masih leka walaupun sudah menjangkau umur lanjut. Untuk itu makalah ini bertujuan meneroka permasalahan tahap kepatuhan agama warga tua ini dengan tumpuan khusus ke atas warga tua wanita di Felda Chiku, Gua Musang Kelantan. Berasaskan sampel 70 orang penduduk wanita berumur 50 tahun dan lebih yang dipilih secara rawak mudah, hasil kajian menunjukkan hampir keseluruhan mereka mempunyai tahap kepatuhan kepada agama yang tinggi. Warga tua yang mempunyai tahap kepatuhan kepada agama yang sederhana dan rendah adalah tidak signifikan. Implikasi dari penemuan ini ialah pelbagai program keagamaan perlu terus diaktifkan dalam masyarakat agar semua penduduk mempunyai kesedaran untuk mematuhi suruhan dan larangan agama dalam kehidupan.