Analisis siri masa zarah terampai (PM10) di Lembah Klang, Malaysia

Masalah pencemaran udara adalah suatu fenomenon yang sering dinyatakan pada masa kini,misalnya pencemaran udara di kawasan bandar di negara-negara Asian. Pencemaran udara merupakan suatu keadaan yang melibatkan kehadiran sebarang gas atau zarah yang bertoksik atau beradioaktif seperti karbon monoksi...

Full description

Bibliographic Details
Main Authors: Ahmad Mahir Razali (Author), Ari Pani Desvina (Author)
Format: Article
Language:English
Published: Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia, 2013-07.
Online Access:Get fulltext
Description
Summary:Masalah pencemaran udara adalah suatu fenomenon yang sering dinyatakan pada masa kini,misalnya pencemaran udara di kawasan bandar di negara-negara Asian. Pencemaran udara merupakan suatu keadaan yang melibatkan kehadiran sebarang gas atau zarah yang bertoksik atau beradioaktif seperti karbon monoksida, nitrogen oksida, zarah terampai dan sebagainya ke dalam atmosfera, hal ini boleh memberi kesan berbahaya kepada tubuh manusia. Dalam kajian ini dibincangkan peramalan dan pengkajian trend data kepekatan zarah terampai (PM10) dengan menggunakan pendekatan Box-Jenkins, di empat kawasan, iaitu Kuala Lumpur, Shah Alam, Petaling Jaya dan Kajang. Data cerapan yang digunakan adalah data yang dikumpul secara purata harian dari bulan Januari 2007 hingga Disember 2007.Pendekatan Box-Jenkins terdiri daripada empat langkah asas, iaitu langkah pengecaman kasar,langkah penganggaran parameter, langkah penyemakan diagnostik dan peramalan. Hasil kajian ini menunjukkan bahawa keempat-empat kawasan mempunyai model yang sama, iaitu model AR(3) tanpa parameter 2  . Kesamaan model yang diperoleh bagi keempat-empat kawasan pengamatan disebabkan keempat-empat kawasan tersebut merupakan kawasan yang kedudukannya saling berhampiran. Model ini digunakan untuk analisis selanjutnya, iaitu peramalan data masa akan datang.