Sejarah asal-usul dan kegiatan ekonomi Chettiar di Tanah Melayu

Artikel ini memperinci sejarah asal-usul dan peranan ekonomi komuniti Chettiar di Tanah Melayu mulai abad ke-19 sehingga Tanah Melayu mencapai kemerdekaan. Tumpuan analisisnya adalah kepada aspek sosiobudaya dan hubungan perdagangan dengan Asia Tenggara yang dapat dikesan sejak zaman klasik di India...

Full description

Bibliographic Details
Main Authors: Ummadevi Supiah (Author), Sivachandralingam Sundara Raja (Author)
Format: Article
Language:English
Published: Penerbit UKM, 2013-07.
Online Access:Get fulltext
Description
Summary:Artikel ini memperinci sejarah asal-usul dan peranan ekonomi komuniti Chettiar di Tanah Melayu mulai abad ke-19 sehingga Tanah Melayu mencapai kemerdekaan. Tumpuan analisisnya adalah kepada aspek sosiobudaya dan hubungan perdagangan dengan Asia Tenggara yang dapat dikesan sejak zaman klasik di India Selatan. Chettiar telah memainkan peranan penting dalam kegiatan peminjaman wang di India sejak zaman klasik dan peranan tersebut lebih menonjol pada era pemerintahan British di India. Tekanan yang diberikan oleh British telah memaksa mereka mara ke dunia luar untuk menjalankan aktiviti dan Asia Tenggara telah menjadi tumpuan utama. Keupayaan Chettiar untuk memainkan peranan yang dominan dalam kegiatan peminjaman wang dan perniagaan banyak dipengaruhi oleh aspek sosiobudaya seperti kuil yang muncul sebagai institusi sosial, semangat kesukuan, institusi perkahwinan, kekeluargaan dan sistem nilai. Sistem sosiobudaya ini telah menyumbang dalam pengumpulan harta yang menjadi sumber kewangan utama bagi komuniti Chettiar memulakan aktiviti peminjaman wang di India Selatan dan Asia Tenggara.