Harmoni vokal dan degeminasi dalam kata pinjaman arab: analisis tatatingkat kekangan

Makalah ini menghurai dan menjelaskan perilaku fonologi harmoni vokal dan degeminasi dalam kata pinjaman Arab yang meresap masuk ke dalam bahasa Melayu. Data kajian terdiri daripada data skunder yang diperolehi daripada pangkalan data korpus berkomputer UKM-DBP yang berjumlah 5 juta patah perkataan....

Full description

Bibliographic Details
Main Authors: Zaharani Ahmad (Author), Nor Hashimah Jalaluddin (Author), Maizura Osman (Author)
Format: Article
Language:English
Published: Penerbit UKM, 2013-09.
Online Access:Get fulltext
LEADER 02318 am a22001453u 4500
001 6602
042 |a dc 
100 1 0 |a Zaharani Ahmad,   |e author 
700 1 0 |a Nor Hashimah Jalaluddin,   |e author 
700 1 0 |a Maizura Osman,   |e author 
245 0 0 |a Harmoni vokal dan degeminasi dalam kata pinjaman arab: analisis tatatingkat kekangan 
260 |b Penerbit UKM,   |c 2013-09. 
856 |z Get fulltext  |u http://journalarticle.ukm.my/6602/1/4229-9739-1-SM.pdf 
520 |a Makalah ini menghurai dan menjelaskan perilaku fonologi harmoni vokal dan degeminasi dalam kata pinjaman Arab yang meresap masuk ke dalam bahasa Melayu. Data kajian terdiri daripada data skunder yang diperolehi daripada pangkalan data korpus berkomputer UKM-DBP yang berjumlah 5 juta patah perkataan. Data dijana dengan menggunakan perisian Oxford WordSmith Tools, dan fenomena fonologi yang berlaku dianalisis dengan menggunakan pendekatan tatatingkat kekangan teori Optimaliti. Kata pinjaman Arab didapati mengalami perubahan fonologi kerana terpaksa mematuhi sistem fonologi bahasa Melayu, khususnya yang berkaitan dengan struktur suku kata. Bahasa Melayu tidak membenarkan kewujudan konsonan rangkap sama ada di posisi onset atau koda, serta tidak membenarkan konsonan geminat. Analisis menunjukkan motivasi fonologi yang mendorong berlakunya harmoni vokal dan degeminasi adalah keperluan untuk mematuhi struktur suku kata dasar dan kata minimal bahasa Melayu. Setiap suku kata mesti berstruktur (K)V(K) dan ini dikawal oleh kekangan *KOMPLEKS dan *SP. Setiap kata dasar pula digalakkan bersuku kata dua, dan ini dikawal oleh kekangan kata minimal KtPr=KD-σ. Kesan daripada pematuhan kekangan tersebut melibatkan pengingkaran kekangan lain, seperti *SEBAR, MAKS-IO, MAKS-μ, dan DEP-IO. Kesemua kekangan ini perlu ditatatingkatkan, dan hierarki kekangan yang dicadangkan adalah *KOMPLEKS, *SP >> KtPr=KD-σ >> MAKS-IO >> DEP-IO >> *SEBAR >> MAKS-μ. Analisis tatatingkat kekangan ini berupaya memberikan penjelasan yang baik dan berpada tentang fenomena harmoni vokal dan degeminasi yang berlaku. Hasil kajian mendapati bahawa berlakunya proses natifisasi dalam kata pinjaman Arab akibat perbezaan sistem fonologi bahasa sumber dan bahasa peminjam. Tatatingkat kekangan bahasa Melayu natif didapati masih beroperasi secara aktif ke atas kata pinjaman Arab. 
546 |a en