Analisis taburan hujan dan impaknya kepada sumber air di Pulau Pinang (rainfall distribution and its impact on Penang's water resource)

Kajian dan analisis taburan hujan tahunan dan bulanan ini adalah bertujuan untuk melihat tren atau pola taburan hujan berdasarkan perubahan iklim dan musim di daerah Timur Laut, Pulau Pinang. Selain itu, hasil kajian boleh digunakan dalam merangka pengurusan kepada penggunaan air di Pulau Pinang bag...

Full description

Bibliographic Details
Main Authors: Siti Fadzilatulhusni Mohd Sani (Author), Main Rindam (Author)
Format: Article
Language:English
Published: Faculty of Social Sciences and Humanities, UKM,Bangi, 2011-01.
Online Access:Get fulltext
Description
Summary:Kajian dan analisis taburan hujan tahunan dan bulanan ini adalah bertujuan untuk melihat tren atau pola taburan hujan berdasarkan perubahan iklim dan musim di daerah Timur Laut, Pulau Pinang. Selain itu, hasil kajian boleh digunakan dalam merangka pengurusan kepada penggunaan air di Pulau Pinang bagi mengenalpasti sumber air dan kitarannya. Rekod taburan hujan kawasan kajian daripada lima buah stesen Jabatan Pengairan dan Saliran selama sepuluh tahun (2001 hingga 2010) telah dikumpulkan dan dianalisis mengikut jumlah hujan tahunan dan bulanan. Perbandingan telah dibuat berdasarkan skala ruangan dan skala masa. Analisis perubahan pola tumpuan jumlah hujan telah menunjukkan bahawa majoriti tahun mempunyai tumpuan jumlah hujan di bahagian utara dan barat laut kawasan kajian (tahun 2001 hingga 2002, 2006 hingga 2009). Manakala pada tahun 2003 hingga 2005, dan 2010 tumpuan hujan beralih ke kawasan timur laut dan timur. Seterusnya, hasil daripada analisis taburan hujan tahunan mengikut skala masa pula mendapati bahawa semua stesen telah menunjukkan perubahan menaik dari segi jumlah hujan daripada tahun 2001 hingga 2010 kecuali stesen Kolam Bersih.