Pemilihan berita dari perspektif wartawan media cetak di Malaysia

Pelbagai peristiwa berlaku setiap hari. Namun, tidak semua peristiwa ini menjadi berita (Fleming et al. 2006, Lippmann [1950], 2006). Berikutan itu, persoalan asas yang sering ditanya adalah 'Apakah yang menjadikan sesebuah peristiwa kepada berita?' Untuk menjawab persoalan ini, banyak kaj...

Full description

Bibliographic Details
Main Authors: Siti Suriani Othman (Author), Liana Mat Nayan (Author), Lee, Kuok Tiung (Author)
Format: Article
Language:English
Published: Universiti Kebangsaan Malaysian, 2013.
Online Access:Get fulltext
Description
Summary:Pelbagai peristiwa berlaku setiap hari. Namun, tidak semua peristiwa ini menjadi berita (Fleming et al. 2006, Lippmann [1950], 2006). Berikutan itu, persoalan asas yang sering ditanya adalah 'Apakah yang menjadikan sesebuah peristiwa kepada berita?' Untuk menjawab persoalan ini, banyak kajian media dilakukan untuk mengkaji dan mengenal pasti kriteria nilai berita yang secara implisit dan eksplisitnya mempengaruhi keputusan membuat berita. Namun, kajian banyak tertumpu kepada bentuk kuantitatif, terutamanya analisis kandungan (Galtung & Ruge 1965, Harcup & O'Neil 2001). Kajian ini cuba mengkaji nilai berita dalam akhbar Malaysia melalui kaedah kajian kualitatif iaitu melalui kaedah temubual dengan wartawan. Pendekatan ini melihat berita daripada perspektif individu yang terlibat dalam pembikinan berita (Harisson 2006). Pengkajian terhadap persoalan asas dalam kewartawanan ini bukan isu remeh dan menjadi satu usaha untuk menjana semula kekuatan ilmu media di Malaysia. Kajian yang meneroka perspektif pengamal media yang merupakan aktor utama dalam proses membuat berita memberi kupasan lebih mendalam dalam menjawab persoalan asas dalam ilmu kewartawanan ini dalam konteks tempatan.