Kesan ekstrak metanol piper sarmentosum terhadap kecederaan oksidatif hepar tikus aruhan parasetamol

Piper sarmentosum atau kaduk mengandungi aras naringenin iaitu antioksidan semula jadi yang tinggi. Dalam kajian ini, model hepatotoksisiti aruhan parasetamol telah digunakan untuk menentukan kesan antioksidan ekstrak metanol kaduk. Lapan belas ekor tikus Wistar jantan (200-250 g) telah dibahagikan...

Full description

Bibliographic Details
Main Authors: Nur Azlina, M.F (Author), Qodriyah, H.M.S (Author), Hamizah, A.H (Author), Kamisah, Y. (Author)
Format: Article
Language:English
Published: Universiti Kebangsaan Malaysia, 2014-03.
Online Access:Get fulltext
LEADER 02009 am a22001573u 4500
001 6927
042 |a dc 
100 1 0 |a Nur Azlina, M.F.  |e author 
700 1 0 |a Qodriyah, H.M.S.  |e author 
700 1 0 |a Hamizah, A.H.  |e author 
700 1 0 |a Kamisah, Y.  |e author 
245 0 0 |a Kesan ekstrak metanol piper sarmentosum terhadap kecederaan oksidatif hepar tikus aruhan parasetamol 
260 |b Universiti Kebangsaan Malaysia,   |c 2014-03. 
856 |z Get fulltext  |u http://journalarticle.ukm.my/6927/1/11_M.F._Nur_Azlina.pdf 
520 |a Piper sarmentosum atau kaduk mengandungi aras naringenin iaitu antioksidan semula jadi yang tinggi. Dalam kajian ini, model hepatotoksisiti aruhan parasetamol telah digunakan untuk menentukan kesan antioksidan ekstrak metanol kaduk. Lapan belas ekor tikus Wistar jantan (200-250 g) telah dibahagikan kepada tiga kumpulan. Satu kumpulan diberi ekstrak metanol kaduk pada dos 500 mg/kg secara oral, sementara kumpulan lain menerima larutan pengangkut secara oral selama 28 hari. Selepas 28 hari, kumpulan yang menerima ekstrak kaduk (Kaduk+PCM) dan satu lagi kumpulan (PCM) diberi parasetamol sebanyak 1 g/kg berat badan tikus secara intraperitoneum, manakala kumpulan terakhir (kawalan) hanya diberi larutan pengangkut secara intraperitoneum. Selepas 24 jam, darah tikus diambil bagi pengukuran enzim aminotransferase. Tikus-tikus kemudiannya dibunuh dan sampel hepar diambil untuk pengukuran kandungan malondialdehid, protein karbonil dan aktiviti enzim superoksida dismutase. Terdapat penurunan yang signifikan pada kandungan malondialdehid dan protein karbonil serta peningkatan aktiviti enzim superoksida dismutase dalam kumpulan Kaduk+PCM berbanding kumpulan PCM. Walau bagaimanapun, tiada penurunan aras enzim aminotransferase yang signifikan dalam kumpulan Kaduk+PCM berbanding kumpulan PCM. Kesimpulannya, pemberian ekstrak metanol Piper sarmentosum sebanyak 500 mg/kg selama 28 hari mempunyai kesan perlindungan ke atas hepar tikus daripada kecederaan oksidatif aruhan parasetamol. 
546 |a en