Ikhtisar analisis Pilihan Raya Umum 1978 hingga 2013 di Malaysia

Pilihan raya adalah elemen penting dalam sistem demokrasi. Dalam konteks Malaysia, pilihan raya telah diadakan sejak 1955 sebelum merdeka dan tahun 1959 selepas merdeka. Tulisan ini menganalisis PRU 1978 hingga 2013 untuk melihat dinamika pencapaian parti-parti politik di Malaysia. Relevan PRU 1978...

Full description

Bibliographic Details
Main Authors: Jamaie Hj Hamil (Author), Faris Afiq Ikhwan Saifullah (Author), Muhammad Suhaimi (Author), Abdul Rahman (Author), Mahfudzah Mustafa (Author), Russli Kamaruddin (Author), Muhamad @ Nadzri Mohamed Noor (Author)
Format: Article
Language:English
Published: Faculty of Social Sciences and Humanities, UKM,Bangi, 2014.
Online Access:Get fulltext
Description
Summary:Pilihan raya adalah elemen penting dalam sistem demokrasi. Dalam konteks Malaysia, pilihan raya telah diadakan sejak 1955 sebelum merdeka dan tahun 1959 selepas merdeka. Tulisan ini menganalisis PRU 1978 hingga 2013 untuk melihat dinamika pencapaian parti-parti politik di Malaysia. Relevan PRU 1978 dipilih kerana PAS telah dikeluarkan dari gabungan BN dan bermula dari itulah persaingan politik antara BN dan parti-parti oposisi menjadi semakin dinamik dan menarik. Ini kerana terdapatnya jatuh bangun pencapaian parti politik sepanjang PRU 1978- 2013. Krisis dalaman parti dan konflik kepimpinan menjadi salah satu faktor yang penting dalam mempengaruhi kebanyakan keputusan PRU. Bagi parti oposisi, krisis dalaman UMNO/BN memberi manfaat dan kelebihan kepada mereka dalam beberapa siri PRU sehingga berjaya menawan beberapa negeri dan menafikan majoriti dua pertiga BN bagi kerusi parlimen. Di samping itu, kerjasama antara parti oposisi turut menjadi faktor penting dalam mempengaruhi keputusan PRU serta mewarnai politik pilihan raya di Malaysia.