Pengoksidaan Elektrokimia C. I. Reactive Orange 4 Menggunakan Elektrod Komposit Dwilogam

Elektrod komposit dwilogam yang disediakan hasil campuran serbuk argentums (Ag) dan karbon (C) (dinamakan AgC-PVC) memberikan hasil elektrolisis larutan pewarna C. I. Reactive Orange 4 (RO4) yang tidak berwarna dan tanpa penghasilan enapan lumpur berbanding elektrod komposit dwilogam lain. Perbezaan...

Full description

Bibliographic Details
Main Authors: Norazzizi Nordin (Author), Mohamed Rozali Othman (Author)
Format: Article
Language:English
Published: Universiti Kebangsaan Malaysia, 2014-11.
Online Access:Get fulltext
Description
Summary:Elektrod komposit dwilogam yang disediakan hasil campuran serbuk argentums (Ag) dan karbon (C) (dinamakan AgC-PVC) memberikan hasil elektrolisis larutan pewarna C. I. Reactive Orange 4 (RO4) yang tidak berwarna dan tanpa penghasilan enapan lumpur berbanding elektrod komposit dwilogam lain. Perbezaan nisbah komposisi serbuk Ag:C (30:70, 50:50 and 70:30) dalam penyediaan elektrod seterusnya diuji untuk melihat kesan perbezaan komposisi ini terhadap penyahwarnaan RO4. Melalui persamaan Tafel yang diperoleh, elektrod Ag28.5C66.5-PVC5 yang menggunakan komposisi 30% Ag dan 70% C memberikan nilai perubahan ketumpatan arus, io yang lebih tinggi iaitu 3.555 mA/cm2 berbanding elektrod lain. Elektrod ini mempunyai aktiviti pemangkinan elektrokimia yang lebih baik berbanding elektrod lain. Hasil proses elektrolisis elektrod Ag28.5C66.5-PVC5 terhadap larutan RO4 telah dianalisis menggunakan spektrofotometer UV-Nampak dan didapati proses degredasi kumpulan azo dalam pewarna tersebut telah berlaku selepas proses elektrolisis yang menghasilkan larutan tidak berwarna.