Kesan dasar makroekonomi kepada pelancongan di Malaysia

Kajian ini bertujuan untuk mengkaji kewujudan hubungan antara pelancongan, pertumbuhan dan dasar makroekonomi di Malaysia. Untuk tujuan tersebut ujian kointegrasi berasaskan struktur autoregrasi lat bertabur (ARDL) digunakan. Pemboleubah yang digunakan ialah pertumbuhan (KDNK), kadar pertukaran bena...

Full description

Bibliographic Details
Main Authors: Kalsom Zakaria (Author), Tamat Sarmidi (Author), Norlida Hanim Mohd Salleh (Author), Redzuan Othman (Author)
Format: Article
Language:English
Published: Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia, 2013.
Online Access:Get fulltext
Description
Summary:Kajian ini bertujuan untuk mengkaji kewujudan hubungan antara pelancongan, pertumbuhan dan dasar makroekonomi di Malaysia. Untuk tujuan tersebut ujian kointegrasi berasaskan struktur autoregrasi lat bertabur (ARDL) digunakan. Pemboleubah yang digunakan ialah pertumbuhan (KDNK), kadar pertukaran benar efektif (REER) perbelanjaan kerajaan (EXPM) dan krisis ekonomi (CR). Data tahun 1980 hingga 2009 bagi 10 buah negara terpilih iaitu Brunei, Thailand, Indonesia, United Kingdom, Amerika Syarikat (USA), Singapura, Jepun, India, Australia dan China digunakan. Hasil kajian mendapati bahawa ujian punca unit Augmented Dickey Fuller (ADF) bagi semua pemboleh ubah adalah pegun pada tahap paras I(0) atau pembezaan pertama I(1). Ujian kointegrasi menunjukkan wujud hubungan jangka panjang antara semua negara. Kadar pertukaran benar REER merupakan pemboleh ubah yang sangat penting mempengaruhi ketibaan pelancong berbanding pemboleh ubah lain seperti EXPM. EXPM umpamanya hanya signifikan mempengaruhi ketibaan pelancong bagi beberapa buah negara iaitu Australia, Brunei, Singapura, Thailand dan United Kingdom. Jika dibandingkan antara negara pula didapati setiap negara memperoleh keputusan yang berbeza. Australia umpamanya didapati tiga pemboleh ubah penting yang mempengaruhi ketibaan pelancong ialah KDNK, EXPM dan REER, manakala bagi negara Brunei dan United Kingdom hanya satu pemboleh ubah yang penting mempengaruhi ketibaan pelancong iaitu EXPM. Negara China dan Amerika Syarikat pula menunjukkan hubungan yang signifikan bagi pemboleh ubah KDNK, REER dan CR.