Penentu penglibatan pekerja dalam Latihan Pembangunan Sumber Manusia Berhad

Kejayaan sesebuah organisasi sangat bergantung pada pekerjanya. Setiap pekerja, sama ada di peringkat atasan, pertengahan atau bawahan, merupakan aset penting kepada organisasi tempat mereka bekerja. Oleh yang demikian, pelaburan modal insan dalam latihan pekerja merupakan satu strategi yang amat pe...

Full description

Bibliographic Details
Main Authors: Rahmah Ismail (Author), Zulridah Mohd Noor (Author), Salma Hamzah (Author)
Format: Article
Language:English
Published: Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia, 2013.
Online Access:Get fulltext
LEADER 02451 am a22001453u 4500
001 8094
042 |a dc 
100 1 0 |a Rahmah Ismail,   |e author 
700 1 0 |a Zulridah Mohd Noor,   |e author 
700 1 0 |a Salma Hamzah,   |e author 
245 0 0 |a Penentu penglibatan pekerja dalam Latihan Pembangunan Sumber Manusia Berhad 
260 |b Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia,   |c 2013. 
856 |z Get fulltext  |u http://journalarticle.ukm.my/8094/1/5577-13421-1-SM.pdf 
520 |a Kejayaan sesebuah organisasi sangat bergantung pada pekerjanya. Setiap pekerja, sama ada di peringkat atasan, pertengahan atau bawahan, merupakan aset penting kepada organisasi tempat mereka bekerja. Oleh yang demikian, pelaburan modal insan dalam latihan pekerja merupakan satu strategi yang amat penting kepada pembangunan organisasi. Menyedari peri pentingnya latihan pekerja, kerajaan Malaysia telah menubuhkan satu badan yang diberi nama Majlis Pembangunan Sumber Manusia (MPSM) pada tahun 1992 dan namanya telah ditukar kepada Pembangunan Sumber Manusia Berhad (PSMB) pada tahun 2002. Tujuan penubuhan badan ini adalah untuk mengendalikan latihan pekerja di bawah satu dana yang diberi nama Kumpulan Wang Pembangunan Sumber Manusia (KWPSM). Namun penglibatan pekerja dalam latihan bergantung kepada banyak faktor. Artikel ini bertujuan mengenalpasti faktor penentu penglibatan pekerja dalam skim latihan di bawah PSMB. Analisis menggunakan data 817 orang pekerja dalam sub-sektor perkhidmatan terpilih iaitu Teknologi Maklumat dan Komunikasi (ICT) serta sektor perhotelan yang dikutip pada tahun 2008/2009 di tiga kawasan, iaitu Lembah Klang, Johor Bahru dan Pulau Pinang. Mereka dipilih daripada senarai pekerja syarikat yang berdaftar dengan PSMB. Hasil kajian ini mendapati faktor demografi, tahun bersekolah dan ciri-ciri pekerjaan penting dalam menentukan penglibatan pekerja dalam latihan PSMB. Didapati pekerja lelaki dan kaum Melayu kurang berpeluang terlibat dalam latihan PSMB dibandingkan dengan masing-masing pekerja wanita dan kaum India. Hubungan tahun bersekolah dengan keterlibatan pekerja dalam latihan PSMB adalah negatif, manakala pekerja sektor ICT kurang berpeluang terlibat dengan latihan dibandingkan dengan pekerja sektor perhotelan. Sementara penglibatan pekerja juruteknik dan profesional bersekutu serta pekerja sepenuh masa dalam latihan PSMB juga didapati lebih tinggi daripada masing-masing pekerja perkhidmatan dan jualan serta pekerja separuh masa. 
546 |a en