Penggunaan peta minda oleh pelajar pintar cerdas dalam pembelajaran Sejarah

Kajian ini meninjau sikap pelajar pintar cerdas terhadap penggunaan peta minda dalam pembelajaran Sejarah di sekolah. Aspek sikap yang dinilai adalah dari segi kepentingan peta minda dan sejauh mana peta minda digunakan dalam pembelajaran Sejarah. Kajian ini menggunakan kaedah gabungan yang melibatk...

Full description

Bibliographic Details
Main Authors: Mohd Mahzan Awang (Author), Abdul Razaq Ahmad (Author), Mohd Muhaimi Abdul Rahman (Author)
Format: Article
Language:English
Published: penerbit ukm, 2014.
Online Access:Get fulltext
LEADER 01701 am a22001453u 4500
001 8385
042 |a dc 
100 1 0 |a Mohd Mahzan Awang,   |e author 
700 1 0 |a Abdul Razaq Ahmad,   |e author 
700 1 0 |a Mohd Muhaimi Abdul Rahman,   |e author 
245 0 0 |a Penggunaan peta minda oleh pelajar pintar cerdas dalam pembelajaran Sejarah 
260 |b penerbit ukm,   |c 2014. 
856 |z Get fulltext  |u http://journalarticle.ukm.my/8385/1/Chap2.pdf 
520 |a Kajian ini meninjau sikap pelajar pintar cerdas terhadap penggunaan peta minda dalam pembelajaran Sejarah di sekolah. Aspek sikap yang dinilai adalah dari segi kepentingan peta minda dan sejauh mana peta minda digunakan dalam pembelajaran Sejarah. Kajian ini menggunakan kaedah gabungan yang melibatkan dua tahap pungutan data. Pada tahap pertama, satu set soal selidik diedar kepada 30 orang pelajar pintar cerdas di sebuah sekolah pintar di Malaysia. Kemudian, temu bual individu dilakukan kepada lima orang pelajar sebagai memahami penggunaan peta minda dalam pembelajaran Sejarah. Data kuantitatif dianalisis dengan memfokuskan kepada statistik deskripsi, manakala data temu bual dianalisis secara manual dan bebas oleh dua orang pengekod (coders). Dapatan kajian menunjukkan bahawa para pelajar mempunyai sikap yang positif terhadap kepentingan peta minda dalam pembelajaran Sejarah, namun tidak semua pelajar menggunakannya dalam mengulang kaji pelajaran. Pelajar juga menyatakan yang mereka sukar memahami peta minda yang dibina pihak lain. Hal ini menunjukkan bahawa keberkesanan peta minda dalam pembelajaran Sejarah lebih bersifat kreativiti individu. Implikasi kepada proses pengajaran mata pelajaran Sejarah turut dibincangkan dalam artikel ini. 
546 |a en