Sejarah perkembangan pelaburan Jepun di Malaysia 1890-1980

Artikel ini membincangkan sejarah perkembangan pelaburan Jepun di Malaysia antara tahun 1890 hingga 1980. Tahun 1890 dipilih tahun permulaan kerana pelaburan Jepun di Malaysia bermula dengan pelaburan di Borneo Utara pada tahun 1890. Tahun 1980 diambil sebagai tahun penutup kajian untuk melihat ciri...

Full description

Bibliographic Details
Main Authors: Ahmad Ali Seman (Author), Nordin Hussin (Author), Uqbah Iqbal (Author)
Format: Article
Language:English
Published: Penerbit UKM, 2014-07.
Online Access:Get fulltext
Description
Summary:Artikel ini membincangkan sejarah perkembangan pelaburan Jepun di Malaysia antara tahun 1890 hingga 1980. Tahun 1890 dipilih tahun permulaan kerana pelaburan Jepun di Malaysia bermula dengan pelaburan di Borneo Utara pada tahun 1890. Tahun 1980 diambil sebagai tahun penutup kajian untuk melihat ciri-ciri pelaburan Jepun di Malaysia serta faktor tolakan dan tarikan yang terlibat sebelum zaman Tun Dr. Mahathir Mohamad. Sebelum Malaysia dibentuk pada tahun 1963, Tanah Melayu berada di bawah pentadbiran kolonial British, Sarawak di bawah pentadbiran 3 orang Rajah Sarawak dan Borneo Utara di bawah pentadbiran Syarikat Berpiagam Borneo Utara British. Walaupun selepas merdeka Persekutuan Tanah Melayu berhubungan erat dengan British, namun Tunku Abdul Rahman tetap menjalinkan kerjasama dengan Jepun untuk mengurangkan kebergantungan dengan British. Ini didorong oleh keperluan negara untuk mendapatkan sumber alternatif bagi pembangunan ekonomi. Hubungan ekonomi Malaysia dan Jepun diteruskan semasa zaman pentadbiran Tun Abdul Razak apabila Bantuan Pembangunan Rasmi (ODA) Jepun disalurkan ke Malaysia bagi membiayai sebahagian besar projek pembangunan negara. Hubungan ekonomi Malaysia dan Jepun diperkukuhkan lagi semasa zaman pentadbiran Tun Hussein Onn melalui penubuhan Persatuan Ekonomi Malaysia-Jepun (MAJECA) dan Persatuan Ekonomi Jepun-Malaysia (JAMECA). Kesinambungan pemikiran Pandang Ke Timur yang diteruskan oleh ketiga-tiga orang Perdana Menteri ini menyaksikan Jepun muncul sebagai pelabur asing terbesar Malaysia apabila Tun Dr. Mahathir Mohamad mengambil alih kepimpinan negara. Walaupun pengkaji melihat sudah terlalu banyak kajian terdahulu mengenai pelaburan Jepun di Malaysia, kajian ini akan dapat melengkapi kajian-kajian terdahulu melalui pengumpulan ciri-ciri pelaburan Jepun di Malaysia serta faktor tolakan dan tarikan yang terlibat sebelum dan selepas mencapai kemerdekaan bagi dijadikan rujukan para pengkaji selepasnya.