Politik pilihan raya: penolakan terhadap UMNO di Kelantan dalam Pilihan Raya Umum 2013

Dalam Pilihan Raya Umum 2013 (PRU 13) Barisan Nasional (BN) yang ditunjangi United Malay National Organisation (UMNO) masih mengekalkan pemerintahan di Malaysia manakala di negeri Kelantan, BN terus ditolak oleh rakyat Kelantan. Rakyat Kelantan terus memberi mandat kepada Parti Islam Se-Malaysia (PA...

Full description

Bibliographic Details
Main Authors: Mohd Faidz Mohd Zain (Author), Samsu Adabi Mamat (Author), Jamaie Hj. Hamil (Author), Junaidi Awang Besar (Author)
Format: Article
Language:English
Published: Penerbit UKM, 2014-07.
Online Access:Get fulltext
Description
Summary:Dalam Pilihan Raya Umum 2013 (PRU 13) Barisan Nasional (BN) yang ditunjangi United Malay National Organisation (UMNO) masih mengekalkan pemerintahan di Malaysia manakala di negeri Kelantan, BN terus ditolak oleh rakyat Kelantan. Rakyat Kelantan terus memberi mandat kepada Parti Islam Se-Malaysia (PAS) untuk penggal ke-6 dengan PAS berjaya menguasai majoriti 2/3 kerusi DUN apabila PAS menang 32 kerusi, UMNO 12 kerusi manakala Parti Keadilan Rakyat (PKR) satu kerusi. Apa yang uniknya dalam setiap pilihan raya di Kelantan, pertembungan antara dua parti politik Melayu ini (UMNO/BN dan PAS) sering kali memperlihatkan persaingan sengit. UMNO terus ditolak oleh rakyat Kelantan terutama di kawasan bandar dan pekan-pekan kecil di Kelantan. Uniknya di luar Kelantan sokongan besar terhadap UMNO/BN adalah pengundi dari luar bandar tetapi sebaliknya di negeri Kelantan. Faktor utama UMNO terus ditolak oleh rakyat Kelantan adalah kepimpinan dan karismatik Tok Guru Nik Aziz disamping kegagalan Gelombang Merah UMNO di Kelantan. Persaingan dua parti ini lebih tertumpu kepada semangat kepartian kerana majoriti rakyat Kelantan berketurunan Melayu dan beragama Islam. Isu perkauman, kenaikan harga barang, isu bekalan air dan isu tanah tidak mempengaruhi secara keseluruhan keputusan pilihan raya di Kelantan tetapi semangat kepartian menjadi faktor utama PAS terus memerintah di Kelantan. Berdasarkan keputusan PRU 2013, keinginan rakyat Kelantan untuk menukar kerajaan tetap ada tetapi dalam masa yang sama sebahagian besar rakyat masih ingin mengekalkan kepimpinan ulama di Kelantan.