Pemilihan bahasa: proses peralihan bahasa masyarakat Orang Asli Che Wong

Masyarakat Orang Asli terbahagi kepada tiga kelompok, iaitu kelompok Melayu-Proto, Senoi dan Negrito. Kelompok Senoi merupakan kelompok terbesar, diikuti oleh kelompok Melayu-Proto dan kelompok Negrito. Setiap kelompok terbahagi lagi kepada suku-suku kaum tertentu. Suku kaum Che Wong merupakan suku...

Full description

Bibliographic Details
Main Author: Sa'adiah Ma'alip (Author)
Format: Article
Language:English
Published: Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan, 2014-06.
Online Access:Get fulltext
Description
Summary:Masyarakat Orang Asli terbahagi kepada tiga kelompok, iaitu kelompok Melayu-Proto, Senoi dan Negrito. Kelompok Senoi merupakan kelompok terbesar, diikuti oleh kelompok Melayu-Proto dan kelompok Negrito. Setiap kelompok terbahagi lagi kepada suku-suku kaum tertentu. Suku kaum Che Wong merupakan suku kaum bagi kelompok masyarakat kaum Senoi. Namun begitu masyarakat bahasa Che Wong mempunyai bilangan yang kecil. Kajian ini akan berkaitan dengan pemilihan bahasa masyarakat Che Wong dalam melihat proses peralihan bahasa. Kajian tertumpu di perkampungan Orang Asli Che Wong, Kuala Gandah. Analisis yang dibuat terhadap data yang diperoleh berfokuskan kepada pemilihan bahasa Che Wong dengan mengaplikasikan kaedah deskriptif menggunakan pendekatan analisis domain. Berdasarkan data yang telah diperoleh, ternyata masyarakat bahasa Che Wong masih cenderung memilih bahasa mereka dalam berinteraksi walaupun bahasa Melayu merupakan bahasa pengantar antara mereka dengan masyarakat setempat. Fenomena ini merupakan suatu yang positif kerana sesuatu bahasa terutamanya bahasa masyarakat minoriti dapat dikekalkan.