Impak kitaran sosial dalam sumbangan alumni terhadap pendapatan endowmen universiti

Pelan Strategik Pengajian Tinggi Negara (PSPTN) dirangka bagi memperkasa pendidikan tinggi negara. Antara perancangan pelan ini adalah memberikan kuasa autonomi kepada pihak universiti untuk menguruskan operasi universiti. Keadaan ini bergantung kepada kemampuan pihak universiti untuk mencapai perun...

Full description

Bibliographic Details
Main Authors: Fidlizan Muhammad (Author), Mohd Yahya Mohd Hussin (Author), Azila Abdul Razak (Author), Fatimah Salwa Abdul Hadi (Author)
Format: Article
Language:English
Published: Universiti Kebangsaan Malaysia, 2014.
Online Access:Get fulltext
Description
Summary:Pelan Strategik Pengajian Tinggi Negara (PSPTN) dirangka bagi memperkasa pendidikan tinggi negara. Antara perancangan pelan ini adalah memberikan kuasa autonomi kepada pihak universiti untuk menguruskan operasi universiti. Keadaan ini bergantung kepada kemampuan pihak universiti untuk mencapai peruntukan sasaran kementerian bagi menanggung kos operasi mengurus dan membangun universiti. Antara strategi kewangan yang difokuskan dalam pelan ini ialah meningkatkan pendapatan endowmen universiti melalui sumbangan alumni. Walau bagaimanapun, kesanggupan alumni memberikan sumbangan boleh berubah-ubah dan bergantung kepada beberapa faktor. Dalam kajian ini, lima faktor sumbangan alumni telah dianalisis iaitu pengurusan kewangan, personaliti diri, eksternal, pengurusan universiti dan jalinan universiti-komuniti. Faktor-faktor ini turut diinteraksi untuk menghasilkan indikator yang dikenali pemboleh ubah kitaran sosial. Pemboleh ubah kitaran bertujuan mengukur impak perubahan faktor-faktor terhadap nilai sumbangan. Ujian regresi diaplikasi untuk menganalisis faktor-faktor yang dikaji terhadap sumbangan alumni ini. Dapatan analisis menunjukkan bahawa pemboleh ubah kitaran sosial mempengaruhi secara signifikan terhadap pendapatan endowmen universiti antara 3 hingga 4 peratus. Implikasi kajian ini membuktikan saluran sumbangan alumni signifikan untuk diteroka oleh pihak universiti bagi menampung sebahagian defisit peruntukan yang dialami.