Analisis geografi pilihan raya di kawasan Parlimen Titiwangsa, Kuala Lumpur dalam pilihan raya umum 1955-2013

Kawasan Parlimen Titiwangsa, Kuala Lumpur merupakan bahagian pilhan raya Parlimen yang mempunyai komposisi etnik campuran dan mengalami pertambahan pemilih setiap tahun. Dari sudut geografi pilihan raya juga Parlimen Titiwangsa juga mempunyai lokasi geografi yang menarik merangkumi kawasan bandar ra...

Full description

Bibliographic Details
Main Authors: Junaidi Awang Besar (Author), Rosmadi Fauzi (Author), Amer Saifude Ghazali (Author)
Format: Article
Language:English
Published: Faculty of Social Sciences and Humanities, UKM,Bangi, 2015-02.
Online Access:Get fulltext
Description
Summary:Kawasan Parlimen Titiwangsa, Kuala Lumpur merupakan bahagian pilhan raya Parlimen yang mempunyai komposisi etnik campuran dan mengalami pertambahan pemilih setiap tahun. Dari sudut geografi pilihan raya juga Parlimen Titiwangsa juga mempunyai lokasi geografi yang menarik merangkumi kawasan bandar raya, pekan kecil, tanah lot peneroka awal serta kampung tradisi Melayu dan Cina, taman-taman perumahan Melayu dan Cina serta perumahan awam bertingkat/pangsa/flat. Justeru, adalah menjadi tujuan penulisan artikel ini untuk menganalisis faktor-faktor tersebut dalam mempengaruhi keputusan pilihan raya umum 1955 hingga 2013, faktor kemenangan dan pola pengundian di kawasan Parlimen Titiwangsa. Berdasarkan data laporan pilihan raya umum 1982-2013 dan helaian mata/score sheet keputusan pilihan raya umum 1995 hingga 2013 bagi kawasan kajian yang dikeluarkan oleh Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) mengikut Saluran Mengundi dan Daerah Mengundi dan juga kajian sekunder daripada kertas kerja dan artikel jurnal, didapati bahawa kemenangan BN disebabkan oleh komposisi etnik campurannya serta pertambahan pemilih dan isu semasa di peringkat setempat dan nasional yang memihak kepada BN. Seterusnya, kemenangan PAS dengan majoriti 1972 undi pada PRU 2008 pula diakibatkan 'tsunami politik' 2008 melalui sokongan padu pengundi Cina dan India serta sebahagian peneroka Melayu bandar. Namun BN berjaya menawan semula kawasan ini pada PRU 2013 dengan majoriti 866 undi melalui sokongan pengundi Melayu bandar yang berpendapatan sederhana di Kampung Bharu, Keramat dan Kampung Pandan serta undi pos dan undi awal. Dalam masa yang sama PAS masih mendapat sokongan daripada pengundi Cina dan India bandar serta golongan Melayu profesional.