Memperkasa daya saing destinasi warisan luar bandar menerusi pembangunan perniagaan mikro dan kecil: kajian kes di Lembah Lenggong

Kajian ini telah mengenal pasti ciri-ciri dan mengukur prestasi perniagaan mikro dan kecil berkaitan pelancongan di sebuah destinasi warisan luar bandar iaitu di Lembah Lenggong, Perak. Ciri-ciri perniagaan telah dikenalpasti berdasarkan jenis perniagaan, status pendaftaran perniagaan, cara memulaka...

Full description

Bibliographic Details
Main Authors: Mastura Jaafar (Author), Munira Mhd Rashid (Author), Norziani Dahalan (Author)
Format: Article
Language:English
Published: Faculty of Social Sciences and Humanities, UKM,Bangi, 2015-02.
Online Access:Get fulltext
Description
Summary:Kajian ini telah mengenal pasti ciri-ciri dan mengukur prestasi perniagaan mikro dan kecil berkaitan pelancongan di sebuah destinasi warisan luar bandar iaitu di Lembah Lenggong, Perak. Ciri-ciri perniagaan telah dikenalpasti berdasarkan jenis perniagaan, status pendaftaran perniagaan, cara memulakan perniagaan, saiz dan tempoh perniagaan serta cara pemasaran. Prestasi perniagaan telah diukur berdasarkan prestasi jualan dan keuntungan serta kepuasan pemilik terhadap prestasi perniagaan dalam tempoh masa tiga tahun (2011-2013). Hasil kajian ke atas 106 perniagaan mikro dan kecil berkaitan pelancongan ini amat bermanfaat bagi membantu bakal usahawan, pemilik perniagaan serta pihak kerajaan dalam usaha memahami dan membangunkan perniagaan mikro dan kecil di sebuah destinasi pelancongan warisan luar bandar yang bertaraf dunia. Implikasi utama kajian ini memfokuskan kepada kepentingan kepada perancangan yang strategik untuk mengupayakan komuniti tempatan bagi menyokong kelansungan dan daya saing Lembah Lenggong di masa hadapan.